Header Ads

Dua lagi gereja di Perak dibom

“Sesungguhnya saya mengecam tindakan yang tidak bertamadun itu dan ianya bagi saya bercanggah dengan ajaran Islam dan undang-undang negara,” katanya setiausaha Sekretariat Pakatan Rakyat Perak Drs Khalil Idham Lim.

Tidak ada mana-mana ajaran dalam Islam yang membenarkan penganutnya melakukan tindakan sedemikian kepada rumah ibadah orang lain, tambahnya lagi.

Perak menjadi negeri kedua selepas Selangor tragedi pengeboman gereja. Pengeboman itu dilakukan ke atas dua gereja iaitu Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis, dekat Taiping awal pagi ini lapor Harakahdailay.

Ketua Polis Perak melaporkan, insiden itu hanya disedari penjaga gereja itu pada pukul 7.30 pagi. Tiada kerosakan pada gereja yang terletak di Jalan Taming Sari, Taiping itu tetapi hanya kerosakan kecil dilaporkan pada pos pengawal Sekolah Menengah Convent.

Ketua Polis turut menyifatkan dilakukan oleh individu yang nakal dan tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan daripada isu yang sedang berlaku sekarang tanpa mengaitkan dengan mana-mana organisasi tertentu.

Dr Khalil yang juga Ketua Penerangan PAS negeri, menyeru kepada ahli dan penyokong PAS dan Pakatan Rakyat serta semua rakyat negeri ini sentiasa berhati-hati dengan tindakan provokatif dan tindakan menangguk di air keruh dalam keadaan sekarang.

“Sehubungan itu, elakkan diri anda dari himpunan dan sebarang kegiatan yang boleh merenggang hubungan antara kaum sebaliknya perbanyakkanlah kegiatan yang boleh merapatkan hubungan antara kaum tidak mengira agama dan bangsa,” katanya.

Pemuda PAS Perak turut mengutuk pengeboman itu

Dalam perkembangan lain, Dewan Pemuda PAS Perak turut mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab melemparkan bom api ke Gereja All Saints dan Gereja Saint Louis awal pagi tadi.

Setiausahanya, Dr Raja Ahmad al-Hiss meminta pihak berkuasa melakukan penyiasatan segera terhadap tindakan yang melampau itu.

"Pemuda PAS Perak berharap rakyat bertenang dalam menghadapi situasi seperti ini," ujarnya ketika dihubungi Harakahdaily tengah hari ini semasa dalam perjalanan melawat tempat kejadian.

Tambahnya, sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan keadaan dan mengganggu kenteraman awam mestilah ditentang oleh rakyat berbagai agama dan bangsa serta di semua peringkat umur dan tahap pendidikan.

"Justeru, Pemuda PAS Perak mengharapkan segala langkah yang dilakukan oleh kerajaan bagi menyelesaikan masalah ini diambil dengan secepat mungkin dengan mengambil kira semua aspek," ujarnya.
Dikuasakan oleh Blogger.