Header Ads

Nama Allah: Chua Jui Meng cabar Najib pertahan pendirian Umno di pentas OIC

Dato` Seri Dr Chua Jui Meng mencabar PM Dato` Seri Najib mempertahankan pendirian Umno berkenaan isu nama Allah di hadapan delegasi OIC di Beirut tidak lama lagi.

"Saya minta Najib pergi sendiri untuk mempertahankan pendirian Umno di Malaysia di sana (Beirut), kononnya orang kristian tidak boleh guna nama Allah.

Saya minta Tun Mahathir juga pertahankan di Beirut. Ini semua munafik kerana mereka ini hanya atas dasar kepentingan politik", kata Dr. Chua kepada Harakah dalam wawancara eksklusifnya.

"Kalau berani Najib dan Mahathir pergi ke Beirut depan mata dunia Islam, mereka sebut pendirian mereka ini, saya hendak tengok, berdiri depan negara dunia Islam dan katakan orang agama samawi tidak boleh guna nama Allah. Tengok reaksi dari negara OIC lain, jangan jadi jaguh kampung di sini (Malaysia) untuk menyeleweng apa yang di ajar dalam Al-Quran", ujarnya lagi di kediamannya.

Puji pendirian Presiden, Mursyidul Am PAS

Dalam wawancara itu, beliau sempat memuji langkah dan sikap kesederhanaan Presiden PAS, Dato` Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam membuat pendirian mengenai isu nama Allah yang sengaja dipolitikkan oleh Umno-BN.
Dikuasakan oleh Blogger.