Header Ads

Nissan Sylphy navigasi lebih menyerlah berbanding pesaing kelasnya

Nissan telah memperkenalkan Nissan Sylphy terbarunya yang dilengkapi Sistem Navigasi Multimedia binaan dalam dengan ciri antara muka yang mesra pengguna dan interaktif.

Penambahbaikan itu membolehkan Nissan Sylphy bersaing dalam kategori kereta sedan sederhana mewah kelasnya.

Sistem yang turut dilengkapi dengan menu pelbagai fungsi itu merupakan satu pilihan pada model Nissan Sylphy. Dengan opsyen tersebut, Sylphy menjadi model sedan saiz sederhana pertama di Malaysia yang menawarkan sistem navigasi binaan dalam yang kemas serta menarik.

Pakej Navigasi Sylphy (Sylphy Navigation Package) itu menggunakan teknologi GPS (Global Positioning System) dan peta-peta digital. Ia menyediakan paparan simpang-simpang dalam bentuk tiga dimensi (3D) yang mudah difahami dan pemandangan bangunan 2.5D untuk penunjuk arah lebih jelas serta terperinci.

Sistem itu menawarkan fungsi ringkas dan mesra pengguna untuk mengenal pasti destinasi yang dituju. Ia merangkumi alamat, kawasan berhampiran, lokasi-lokasi menarik (Point of Interest, POI), carian terkini, kategori, tempat kegemaran, koordinat dam kod pos (hanya untuk Singapura).

Liputan petanya ialah Malaysia dan Singapura. Pilihan bahasa pula termasuklah bahasa Inggeris, bahasa Malaysia, Kantonis, Mandarin, Thai, Jepun dan Korea.

Sistem navigasi itu juga berfungsi sebagai kamera undur dengan ciri pandangan waktu malam yang diaktifkan secara automatik sebaik sahaja kereta diundur.

Sylphy Navigator juga menyokong ciri-ciri multimedia seperti pemain muzik dan filem menerusi kad SD dan pemacu USB. Skrin sentuh LCD WVGA (800 x 480) bersaiz tujuh inci dengan warna sebenar (16.7M warna) menawarkan paparan berkualiti tinggi demi memenuhi keperluan hiburan anda di dalam kenderaan.

Sistem itu juga berfungsi secara skrin sentuh membolehkan pemandu menggunakan system itu dengan mudah.

Sistem navigasi bersaiz tujuh inci itu menjadikan Nissan Sylphy yang dikenali sebagai Bluebird di Jepun ini hampir sempurna sebagai sebuah kenderaan keluarga.

Selain ciri GPS itu, Sylphy juga dilengkapi enjin 2.0L dengan teknologi Nissan Xtronik CVT (Transmisi Boleh Ubah Berterusan) menjadikan Sylphy sebuah jentera yang menjimatkan dengan penggunaan minyak sejauh 16 kilometer bagi satu liter petrol.

Ujian pemanduan di Jepun, pemanduan sejauh 16km hanya mengunakan 1 liter petrol daripada 15 mode pemanduan 10 daripadanya mendapat keputusan 16km/L, pemanduan di lebuhraya 25km/L.

Malah, teknologi Xtronik CVT ini membolehkan penumpang tidak perasaan setiap kali pertukaran gear dilakukan.

Enjin aluminium generasi ketiga Nissan ini membolehkan jentera dipacu selaju 110 kilometer sejam (km/j) dengan putaran di bawah 2,500 rpm.

Dengan 133 kuasa kuda dan tork setinggi 191 Nm, Sylphy menjadi sebuah sedan yang cukup bertenaga, berkuasa serta bergaya.

Sistem suspensi juga lembut, bertepatan dengan rekaannya yang dikhususkan untuk keluarga.

Jika mahu beraksi ligat di jalan raya, Sylphy Impul mampu memberi tindak balas lebih baik di selekoh.


SPESIFIKASI
NISSAN SYLPHY 2.0L
Enjin: 1,997cc DOHC dengan Xtronik CVT
Kuasa maksimum: 133hp pada 5,200 rpm
Tork maksimum: 191Nm pada 4,400 rpm
Ciri keselamatan: ABS, EBD, BA, Beg Udara SRS
Harga: RM120,380 termasuk insurans

Tayar dicadangkan
ComfortContact-1
195/65 R15 91V

Senarai harga Nissan Sylphy 2.0 CVTC (Semenanjung)

Nissan Sylphy 2.0 CVTC Comfort
Metallic Colour RM 114,880.00

Nissan Slyphy 2.0 CVTC Luxury
Metallic Colour RM 118,880.00

Nissan Slyphy 2.0 CVTC Luxury Navigator
Metallic Colour RM 120,380.00

Pilihan Warna Nissan Sylphy 2.0 CVTC
Solid : Brilliant White (S205)
Metallic : Cecil Blue (M082), Chardonnay Gold (M070), Tungsten Silver (M069), Twilight Grey (M076) & Sapphire Black (M071)


Nissan Sylphy IMPUL

Nissan Sylphy 2.0 Comfort IMPUL
Metallic Colour RM 125,980.00

Nissan Sylphy 2.0 Luxury IMPUL
Metallic Colour RM 129,980.00

Nissan Sylphy 2.0 Luxury IMPUL Navigator
Metallic Colour RM 131,480.00

Dikuasakan oleh Blogger.