Header Ads

PRK Sibu: Apakah kejutan yang dirahsiakan Taib Mahmud?

Kekosongan kerusi Parlimen Sibu akibat kematian penyandanganya, Robert Lau berkemungkinan akan diadakan secara serentak dengan pilihan raya di negeri itu yang dijangka diadakan seawal Jun tahun ini atau selewat-lewatnya April tahun depan.

Ketua Menteri paling lama di Malaysia, yang juga Pengerusi BN negeri itu, Taib Mahmud cuba berteka-teki apabila diajukan soalan oleh wartawan berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kawasan Sibu.

KM Sarawak sejak era Tun Hussien Onn itu hanya memberi bayangan bahawa akan ada kejutan dalam PRK itu tanpa mengulas lanjut apakah bentuk kejutan yang dimaksudkannya.

“Sememangnya akan ada Pilihan Raya Kecil (PRK bagi kawasan Parlimen Sibu). Terdapat sedikit ciri-ciri mengejutkan dalam Pilihan Raya Kecil ini, saya tidak akan memberitahu anda (wartawan),” katanya di salah sebuah hotel di Kuching, Sarawak semalam.

Taib juga dilihat cuba mengalihkan isu itu daripada wartawan apabila sekadar memberitahu bahawa PRK Sibu tidak akan diadakan secara serentak dengan PRK Hulu Selangor yang pengundiannya akan berlangsung pada 25 April ini.

PRK kawasan Sibu kosong selepas penyandanganya Robert Lau, 68, dari SUPP/BN meninggal dunia akibat kanser pada 9 April lalu.

Pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu, Robert mendapat majoriti 3,235 selepas menewaskan Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng yang meraih undi 15,903 dan Lim Kim Chuen dari PKR yang membolot 812 undi.

Bagi Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution, pihaknya tidak menolak bahawa PRK kawasan Sibu akan diadakan secara serentak dengan pilihanraya Dewan Undangan Negeri (Dun) Sarawak yang berakhir pada Jun tahun depan.

Turut senada bersama Saifudin ialah Ketua Pemuda PAS Sarawak, Abang Addy Aliyanni.

“Kemungkinan ia (PRK Parlimen Sibu) akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri (Sarawak) yang sedang disebut-sebut sekarang ini,” katanya dalam satu kenyataan.

PKR dan DAP sedang mengadakan rundingan berhubung parti mana akan bertanding bagi kerusi itu yang dilihat peluang terbaik bagi Pakatan Rakyat menawan parlimen tersebut.

Sementara itu, Presdien SUPP George Chan Hong Nam berkata, parti itu belum ada calon sesuai bagi menggantikan Robert dan menyerahkan perkara itu kepada cawangan Sibu.

“Saya tak nak mengulas mengenai siapa pengganti.., Setakat ini Jawatankuasa Kerja Pusat belum memutuskan, namun saya pasti mereka sudah ada beberapa senarai nama,” katanya kepada media selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) Bulan Sabit Merah Malaysia (BSSM) Miri, di Jalan Bulan Sabit pada 10 April lalu.

Mengikut peraturan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan sesuatu kerusi itu.

Sehubungan itu, sekiranya PRK Parlimen sibu diadakan serentak dengan Pilihan Raya negeri Sarawak, Dun di negeri itu mesti dibubarkan selewat-lewatnya pada 9 Jun tahun ini. -EraPakatan

WarkahDaily - Apakah kejutan yang bakal bakal diwar-warkan ketua menteri itu. Apakah PRK akan diadakan serentak dengan pilihanraya negeri?

Jika BN inginkan serentak, kenapa ianya berbuat demikian?

Biasanya, BN akan buat sesuatu itu berdasarkan perkara yang boleh memberi manfaat kepada BN itu sendiri dan dapat mengekalkan kuasanya.

Dikuasakan oleh Blogger.