Header Ads

Gara-gara poster minta Chua Soi Lek letak jawatan, seorang peniaga dipukul

MELAKA: Seorang peniaga membuat laporan polis kerana mendakwa dipukul setelah menunjukkan poster bertulisan Mandarin berbunyi “Chua Soi Lek letak jawatan jika sayangkan parti” pada satu majlis makan malam anjuran MCA di Alor Gajah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka, ACP Mohamad Adnan Abdullah berkata, lelaki berusia 30 tahun itu dikatakan naik ke pentas dan menunjukkan poster berkenaan semasa Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedang berucap pada 9 malam.

Katanya, peniaga itu kemudian telah diarah keluar dari dewan berkenaan.

"Dia mendakwa dipukul beberapa lelaki tidak dikenali,” kata Mohamad Adnan.

Peniaga itu, yang juga anggota MCA, membuat laporan di Balai Polis Machap malam tadi. –Bernama

WarkahDaily - MCA sudah boleh memahami kenapa pengundi Cina sudah tidak lagi bersama BN. Mungkin ianya boleh dijadikan sebahagian sebabnya selain BN itu sendiri sudah tidak relevan lagi bagi pengundi. Rakyat sudah muak dengan penyalahgunaan kuasa dan ketidak telusan kerajaan BN dalam menguruskan pentadbiran negara.

Dikuasakan oleh Blogger.