Header Ads

Final Piala Dunia 2010: Sepanyol dan Belanda buru kejuaraan

JOHANNESBURG: Aksi perebutan mahkota kejuaraan piala berprestij bola sepak FIFA Piala Dunia 2010 Afrika Selatan bakal melakar sejarah baru apabila Sepanyol dan Belanda masing-masing memburu kejuaraan sulung mereka dalam perlawanan bola sepak tertinggi itu.

(Bakal pemusnah lawan masing-masing dalam aksi final awal pagi nanti.)

Sepanyol dan Belanda akan mengejar gelaran juara Piala Dunia pada perlawanan awal pagi nanti (12 Julai – 2:30 Pagi), sementara Jerman dengan dibarisi pemain-pemain muda telah memenangi tempat ketiga selepas menewaskan Uruguay 3-2.

Jurulatih Sepanyol, Vicente del Bosque percaya kemenangan di Soccer City, Johannesburg boleh menyokong keutuhan negara, sehari selepas berjuta-juta rakyat berarak di timur utara Sepanyol untuk menyokong autonomi Catalan.

"Di dalam skuad ini terdapat pemain-pemain yang datang dari pelbagai tempat di Sepanyol, kami bersatu padu dan saya berharap begitu juga kepada negara ini," kata del Bosque.

"Saya rasa sukan mempunyai banyak kelebihan dalam sesuatu yang baik dan saya harap bola sepak akan membawa kepada hubungan yang lebih baik di negara kita."

Barcelona membekalkan tujuh pemain ketika Sepanyol menewaskan Jerman dalam perlawanan separuh akhir, dan ianya mungkin kekal dalam corak permainan del Bosque untuk perlawanan akhir meraih gelaran juara dunia pertama kepada negaranya.

Ketua pasukan Belanda, Giovanni Van Bronckhorst turut menekankan semangat berpasukan ketika beliau mengesahkan tiada lagi ketegangan antara pemain yang telah menutup peluang Belanda pada perlawanan-perlawanan sebelum ini.

"Saya rasa semangat dalam kem adalah sesuatu yang sangat penting."

"Sebagai pemain anda harus meluangkan sekurang-kurangnya enam atau tujuh minggu bersama-sama untuk mencapai apa yang diingini, dan saya percaya sekiranya persekitaran anda baik maka ia baiklah untuk anda. Anda boleh pergi jauh dalam semangat berpasukan, “ kata Van Bronckhorst.

Ia tidak selalunya begitu buat Belanda apabila peluang-peluang kejayaan pada peringkat antarabangsa sering disabotaj dengan pergaduhan.

Konflik dalaman kerana berpuak-puak ialah sebahagian daripada hidup bola sepak generasi 1970 seperti dalam era Ruud Gullit/ Marco Van Basten lewat 80 an, dan sampai ke pengakhirannya apabila sifat perkauman didedahkan dalam pasukan pada Euro 96.

Di Port Elizabeth semalam, Sami Khedira memberikan kemenangan kepada Jerman dengan tandukan beliau pada minit ke-82 dengan keputusan 3-2 ke atas Uruguay membolehkan Jerman dinobatkan di tempat ketiga.

Pemain tengah, Stuttgart itu melompat untuk menanduk bola membolosi Fernando Muslera manakala Diego Forlan sedikit hampir untuk menyamakan kedudukan dengan sepakan percuma yang malangnya terkena tiang gol.

Forlan menunjukkan prestasi yang menarik apabila berjaya membawa Uruguay mendahului 2-1 pada babak kedua sebelum Marcell Jansen mencuri mata tidak lama selepas itu.

"Sudah tentu kami mengharapkan sesuatu yang lebih bagus, tetapi perlawanan untuk tempat ketiga juga merupakan perlawanan akhir yang mahu kami menangi," kata Khedira.

"Untuk Piala Dunia kali ini kami merupakan pasukan yang terdiri oleh ramai barisan pemain muda tetapi kami tetap meninggalkan kesan. Tetapi tentunya kami mahu menang lebih pada masa hadapan." -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.