Header Ads

Juara Piala Dunia 2010: Sepanyol cipta rekod julang Piala Dunia

Juara Eropah dan sekarang juara dunia, Sepanyol telah pun mencipta sejarah kejohanan bola sepak Piala Dunia buat pertama kalinya merangkul kejuaraan berprestij dunia itu apabila menumpas Belanda 1-0 hasil jaringan Andres Iniesta pada minit 116 di Stadium Soccer City, Johannesburg.

Perlawanan sebenar 90 minit berkesudahan seri tanpa jaringan sehingga permainan terpaksa melewati masa tambahan 30 minit.

Separuh masa kedua di masa tambahan telah menjadi pemusnah kepada Belanda apabila Andres Iniesta menjulang pasukannya, Sepanyol di puncak pada minit ke 116.

Dengan kemenangan itu, Sepanyol menjadi nama baru yang terpahat di piala kemuncak persaingan bola sepak itu. Selain merangkul Piala Dunia, Sepanyol juga dihadiahkan USD30 juta di samping Belanda yang menduduki tangga kedua mendapat USD24 juta.

Thomas Mueller selaku pemain muda Jerman telah pun dinobatkan penjaring terbanyak dengan 5 gol dan mendapat anugerah berganda iaitu pemain muda terbaik di kejohanan Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.




Keputusan final Piala Dunia 2010

Belanda




0 - 1




Sepanyol

Andres INIESTA (116')





Dikuasakan oleh Blogger.