Header Ads

Bodoh punya Umno, 15 tahun jadi kerajaan, tanah kubur pun tak boleh dapat

Konon perjuangkan Melayu dan agama Islam tapi tanah perkuburan Islam pun tak dapat. Apa jenis punya orang Melayu Umno depa ni.

Bila dah kalah dan jadi pembangkang, baru cakap perjuangkan Melayu dan agama Islam, tapi masa depa jadi kerajaan dulu-dulu, takdak pulak depa nak sibuk dengan masalah orang Melayu dan agama Islam. Masa tu, lagi meminggirkan orang dan merosakkan Islam adalah.

Tapi bila periuk nasi depa dah kontang, mulalah duk sibuk cakap pasal Melayulah, Islamlah. Tahi punya Umno.


Apalah Umno Pulau Pinang dah buat dengan masyarakat Melayu Islam di Pulau Pinang selama ini? Setakat nak dapatkan tanah perkuburan Islam pun tak boleh, yang lain usahlah cakap.

PAS yang bersama-sama DAP memerintah Pulau Pinang, baru dua tahun pun dah boleh dapatkan 3 ekar tanah perkuburan untuk orang Islam di Pulau Pinang.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Ustaz Dr Mujahid Yusuf Ar-rawa berkata, PAS terbukti berjaya mengetengahkan pelbagai isu Melayu Islam bahkan menyelesaikan banyak masalah berkaitan orang Melayu dan agama Islam dalam kerangka Pakatan Rakyat.

Selaku Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusuf Ar-rawa menceritakan satu peranan besar PAS dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang sekarang.

Menurutnya, Umno Pulau Pinang yang kononnya berjuang bertahun-tahun untuk Melayu tidak berjaya mendapatkan hak tanah wakaf bagi perkuburan orang-orang Islam.

Sebaliknya, dua tahun PAS, sebagai parti kecil dalam kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang telah berjaya mendapat 3 ekar tanah bernilai RM22 juta untuk rezab perkuburan Islam.

"Alhamdulillah, kerajaan negeri (Pulau Pinang) hari ini komited, 3 ekar telah diambil dengan nilai hampir RM22 juta,

"Majlis Agama Islam Pulau Pinang sedang menunggu penyerahan rasmi wakaf tanah kubur 3 ekar ini, 15 tahun Umno (memerintah) satu tapak pun tak dapat, tapi kita (PAS-PR) hanya 2 tahun sudah dapat satu tapak tanah kubur,"jelas Dr Mujahid ketika berucap dalam Majlis Iftar yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda PAS Kemaman bersama Majlis Tindakan DUN Chukai, Kemaman, Terengganu.
Dikuasakan oleh Blogger.