Header Ads

Bukan Islam masuk masjid: Umno berfahaman sempit, khianat terhadap Islam

WarkahDaily - "Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," kata Teo Nie Ching

Subhanallah, betapa cantiknya ketentuan Allah untuk hambanya. Isu yang dimainkan Umno ini telah membuka mata masyarakat tidak kira Islam dan bukan Islam berkaitan Islam untuk semua. Secara tidak sengaja, persepsi bahawa Islam itu ganas dan sempit akan terungkai.

Orang Islam akan mula fahami apa dia Islam, ketelusan dalam Islam, kecantikan ajaran Islam dan tiada diskrimanasi dalam Islam. Islam memang sah untuk semua.

Jika ianya tidak berlaku, maka sudah tentu orang yang jahil dengan Islam dan bukan Islam yang dilihat anti dengan Islam akan merasa lebihh jauh dengan Islam. Maka dakwah Islam akan tergendala apabila bukan Islam tidak mesra dengan Islam.

Namun di sana ada satu kumpulan yang tidak senang dengan perkembangan berkaitan. Mereka mulai rasa gusar bila Islam mula didekati orang bukan Islam. Padahal kumpulan berkenaan mengaku Islam dan pejuang Islam.

Mereka lebih senang orang bukan Islam tidak menjiwai dan memahami Islam yang sebenar. Mereka lebih suka bukan Islam tahu Islam itu ganas dan sempit. Alangkah jahatnya kumpulan sedemikian.

Amat jelas, ianya adalah satu bentuk pengkhianatan yang nyata terhadap dakwah Islam.



Masuk surau: Teo Nie Ching dapatkan penjelasan Tok Guru Nik Aziz

Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching hari ini bertemu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi mendapatkan pandangan berhubung isu kunjungannya ke Surau Al-Huda, Kajang 22 Ogos lalu.

Beliau mengunjungi Menteri Besar Kelantan itu di Rumah Kelantan di ibu negara siang tadi sejurus Tuan Guru dan deligasi kerajaan Kelantan memfailkan saman kepada Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini.

Nie Ching ketika ditemui selepas pertemuan 10 minit itu berkata, beliau gembira dapat bertemu Tuan Guru dan mendapat pandangan yang jelas dari Tuan Guru yang juga Mursyidul Am PAS itu.

"Tok Guru jelaskan kepada saya bahawa dari segi Islam bukan menjadi satu isu orang Islam masuk ke surau atau masjid.

"Dia beritahu sebenarnya pada zaman Nabi Muhammad SAW, orang bukan Islam selalu masuk masjid untuk bertemu Nabi," katnya menjelaskan isi pertemuan.

Menurutnya, dalam pertemuan itu juga, Tuan Guru memberitahunya bahawa yang menyempitkan pemahaman berhubung isu bukan Islam kunjungi masjid adalah Umno.

Menurutnya, Umno kini sangat terdesak sehingga sanggup menyempitkan isu tersebut sehingga memberi tanggapan salah bukan Islam kepada Islam.

"Dia juga memberitahu saya, di Malaysia ini, Umno guna Islam untuk takutkan orang bukan Islam dan menjadikan Islam itu agama eksklusif sedangkan Islam itu adalah untuk semua manusia," katanya lagi.

22 Ogos lalu, Nie Ching berkunjung ke Surau Al-Huda, Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut.

Beliau juga dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas.

Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Nie Ching berkata, biarpun insiden tersebut dimainkan Umno, sehingga hari ini beliau masih berkunjung ke masjid dan surau yang menjemputnya.

"Saya masih menjalankan tugas saya sebagai ahli parlimen bila dijemput.

"Sejak insiden itu diperbesarkan, saya terus mendapat sokongan dari rakyat," katanya.

Sementara itu, Nie Ching juga memberitahu surat permohonan maaf kepada Sultan Selangor telah disampaikan melalui Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim Sabtu lalu. -HRKH
Dikuasakan oleh Blogger.