Header Ads

Ahli parlimen Batu Sapi terbunuh dalam kemalangan, PRK ke-13 bakal diadakan

Ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong Ket Wah dari Parti Bersatu Sabah terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kota Kinabalu, semalam.

Mendiang berusia 54 tahun.

Chong dipercayai menunggang motosikal Kawasaki 750 di jalanSembulan-Tanjung Aru apabila bertembung dengan sebuah kereta Mercedez dari arah bertentangan pada sekitar jam 11.40 pagi semalam.

Mayatnya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth di Kota Kinabalu.

Chong dilahirkan pada 9 April 1956 di Sandakan. Beliau berkhawin dengan Linda Tsen Thau Lindan mempunyai empat orang anak.

Chong, seorang perunding kejuruteraan adalah bendahari PBS dan pengerusi cawangan Elopura parti itu.

Mendiang menduduki kerusi Batu Sapi sejak pilihan raya umum 2004 apabila memenangi kerusi itu tanpa sebarang saingan.

Bagaimanapun pada pilihan raya 2008, beliau mengekalkan kerusinya dengan mudah - menumpaskan calon Bebas, Chung Kwong Wing dengan majoriti 3,708 undi.

Chong memperoleh 9,479 undi manakala Chung pula mendapat 5,771. -Malaysiakini

WarkahDaily - Satu lagi pilihanraya kecil bakal dilangsungkan selepas pilihanraya umum 2008. PRK paling banyak dalam sejarah pilihanraya negara. Sekarang ini umum sedang memberi tumpuan pada PRK yang ke-12, Dun Galas, Gua Musang, Kelantan selepas kematian penyandangnya baru-baru ini.

SPR mungkin sekali lagi bermesyuarat bagi menentukan PRK ke-13, parlimen Batu Sapi yang kekosongan wakilnya itu.

Sebelum ini BN berdepan dengan calon bebas. Tapi bagaimana kali ini di PRK? Apakah calon dari Pakatan Rakyat bakal mengambil alih atau berlakunya pertembungan tiga penjuru (BN-PR-Bebas)?
Dikuasakan oleh Blogger.