Header Ads

Berzina: Pembantu rumah dan teman lelaki dihukum sebat

SHARJAH: Seorang pembantu rumah dan teman lelakinya dihukum penjara, sebat 100 kali dan akan dihantar pulang selepas didapati bersalah berzina.

Mahkamah Syariah Sharjah menjatuhkan hukuman sebat 100 kali itu ke atas pembantu rumah warga Filipina.


Mahkamah turut mengenakan hukuman penjara setahun dan sebat 100 kali ke atas teman lelakinya, warga Bangladesh kerana memasuki kediaman majikan wanita terbabit tanpa kebenaran. Wanita Filipina itu membawa teman lelakinya ke rumah majikannya setiap kali majikannya tiada di rumah.

Kegiatan keji mereka bagaimanapun terbongkar apabila si majikan terserempak dengan lelaki berkenaan.


Majikan terbabit lalu menghubungi polis sebelum pasangan itu ditahan. Ketika disoal siasat, mereka mengaku berzina. -Agensi
Dikuasakan oleh Blogger.