Header Ads

First lady Tunisia larikan jongkong emas, anak Presiden Mesir bawak 100 beg, Malaysia?

WarkahDaily – Baru-baru ini, selepas suaminya dijatuhkan daripada jawatan presiden, Leila Trabelsi yang merupakan isteri bekas Presiden Tunisia, Zine El Abidine Ben Ali bertindak melarikan diri ke luar negara bersama jongkong-jongkong emas seberat 1.5 tan bernilai lebih £35 juta (RM171.3 juta).

Semalam, anak kepada Presiden Mesir, Hosni Mubarak pulak dah yang buat hal. Beliau telah melarikan diri ke London dengan membawa 100 bagasi. Semuanya kerana rakyat Mesir dah mula ‘naik angin’ dengan pemerintah Mesir itu yang didapati korupsi, penyalahgunaan kuasa dan tidak cakna rakyat sehingga ratusan rakyatnya keluar membuat protes.

Gelombang kebangkitan rakyat Tunisia telah mula melanda ke negara-negara lain. Bila pulak Malaysia ya?

Kalau rakyat Malaysia dah mula bangkit seperti negara Tunisia, siapa yang bakal lari ke luar negara bersama ‘bungkusan’ harta khazanah negara? Hehehe….


Kosmo! - KAHERAH: Seorang anak lelaki Presiden Mesir, Hosni Mubarak melarikan diri ke London dengan membawa 100 bagasi, lapor beberapa buah akhbar semalam.

Anak lelaki Hosni itu, Gamal berusia 48 tahun melarikan diri selepas sjeumlah para penunjuk perasaan yang mendapat ilhan dari kejadian di Tunisia menuntut peletakan jawatan bapanya.

Bapanya telah memerintah Mesir selama 30 tahun selepas kematian Anwar Sadat yang mati ditembak dalam satu majlis ketenteraan.

Gamal kerap dikatakan akan menggantikan bapanya sebagai Presiden Mesir.

Sementara itu, para penunjuk perasaan melakukan protes pada hari ketiga semalam bagi menuntut peletakan jawatan Hosni.

Mereka menuntut peletakan jawatan itu kerana menganggap pemerintahan Hosni dicemari rasuah, penindasan dan masalah penggangguran.

Ekoran perkembangan itu, Parti Demokratik Kebangsaan yang dianggotai Hosni mengadakan mesyuarat semalam untuk menilai situasi di negara tersebut.

Anggota-anggota prodemokrasi yang dikenali sebagai Pergerakan 6 mendesak tunjuk perasaan akan diadakan selepas solat Jumaat hari ini.

Menurut seorang pegawai keselamatan Mesir, sekurang-kurangnya 1,000 orang ditahan sejak tunjuk perasaan itu bermula pada Selasa lalu.

Sementara itu, pemenang Hadiah Nobel Keamanan dan bekas Ketua Agensi Tenaga Atom Antarabangsa, Mohamed Elbaradei semalam berkata, beliau bersedia untuk mengetuai perubahan di Mesir jika diminta.

Beliau dalam perjalanan pulang ke Kaherah dari Vienna, Austria semalam.

Kehadiran Elbaradei ke Mesir akan memberikan semangat baru ke atas para penunjuk perasaan yang menuntut peletakan jawatan Hosni. -Agensi
Dikuasakan oleh Blogger.