Archive Pages Design$type=blogging

tabsrecent/EPL,Liga M,La Liga

Skandal seks: Perdana Menteri Itali miliki 14 wanita simpanan

Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, yang sedang disiasat berhubung skandal seks dengan remaja ...

Perdana Menteri Itali, Silvio Berlusconi, yang sedang disiasat berhubung skandal seks dengan remaja dari Maghribi, dikatakan menyimpan sekurang-kurangnya 14 wanita muda 'glamor' lain di beberapa pangsapuri berpagar di luar Milan.

Akhbar The Independent melaporkan bahawa wanita-wanita jelita itu bukan sahaja tinggal di kediaman tersebut tanpa perlu membayar sewa, malah Berlusconi memberi wang tunai yang banyak kepada mereka sebagai ganjaran bagi menyediakan perkhidmatan seks.

Wanita-wanita itu dipercayai ditempatkan di Milano Due, sebuah kompleks kediaman berpagar pertama di Italy, yang dibina oleh Berlusconi ketika beliau menjadi pemaju hartanah muda pada 1970-an.

Kediaman itu dilengkapi dengan taman indah, tempat letak kereta bawah tanah, pasar raya, bar dan kemudahan lain. Ia menjadi lambang kemewahan paling menonjol di Milan ketika itu.

Apabila beliau menceburi industri penyiaran, Berlusconi, 74 tahun, menjadikan tempat itu ibu pejabat bagi operasi stesen televisyennya, Mediaset.

Namun, sejak beberapa tahun lalu ia disyaki dijadikan ibu pejabat dan 'markas' bagi kegiatan seks itu.

Akhbar Corriere della Sera pula berkata kehadiran Berlusconi di situ menjadi satu lagi tamparan yang mencemarkan imejnya sebagai perdana menteri, sedang beliau bersiap sedia semalam untuk membela diri terhadap dakwaan skandal seks yang boleh menggugat kerjaya politiknya.

Para pendakwa di Milan mahu Berlusconi segera didakwa berhubung tuduhan beliau melakukan seksnya dengan seorang pelacur bawah umur.

Pelacur itu, Karima El Mahroug, yang juga seorang penari balet remaja dari Maghribi yang menggunakan nama 'Ruby Rubacuori', turut mendedahkan tentang kewujudan pangsapuri-pangsapuri itu. -Agensi

COMMENTS

Nama

AFC Cup AFF-Cup agama automotif badminton bersih bola sepak dunia ekonomi EPL extra feature gadgets gambar hiburan highlight La Liga lain-lain Liga Juara-Juara Liga M LTdL Motorspot muktamar NahasMH17 Nasional opinion PialaDunia PialaMalaysia politik PRK prn-sarawak rencana santai SEA Games sihat sukan teknologi thomas uber cup umum wilayah
false
ltr
item
The Malaysian View - Latest News: Skandal seks: Perdana Menteri Itali miliki 14 wanita simpanan
Skandal seks: Perdana Menteri Itali miliki 14 wanita simpanan
http://3.bp.blogspot.com/_hs5CG6HflAI/TTWiSGKfAqI/AAAAAAAAEzE/6yg92RiS4yE/s320/berlusconi.jpg
http://3.bp.blogspot.com/_hs5CG6HflAI/TTWiSGKfAqI/AAAAAAAAEzE/6yg92RiS4yE/s72-c/berlusconi.jpg
The Malaysian View - Latest News
http://www.themalaysianview.com/2011/01/skandal-seks-perdana-menteri-itali.html
http://www.themalaysianview.com/
http://www.themalaysianview.com/
http://www.themalaysianview.com/2011/01/skandal-seks-perdana-menteri-itali.html
true
2586697549792841116
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago