Archive Pages Design$type=blogging

tabsrecent/EPL,Liga M,La Liga

Tabung haji dijangka agih bonus tertinggi hasil keuntungan RM1.5 bilion

PUTRAJAYA: Tabung Haji (TH) dijangka mengagihkan pembayaran bonus yang lebih tinggi kali ini setelah...

PUTRAJAYA: Tabung Haji (TH) dijangka mengagihkan pembayaran bonus yang lebih tinggi kali ini setelah mencatatkan keuntungan tertinggi dalam sejarah penubuhannya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengagihan bonus itu hasil keuntungan sebanyak RM1.5 bilion yang diperoleh agensi itu tahun lepas.

Menurutnya, pengumuman rasmi perkara tersebut akan diumumkan selewat-lewatnya hujung bulan ini.

"Keuntungan TH sebanyak RM1.5 bilion merupakan yang tertinggi dalam sejarah berbanding tahun-tahun sebelumnya.

"Kita sedang mencongak dan akan umumkan (bonus itu) tidak lewat hujung Januari ini kerana masih berbincang dengan pihak TH," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis perhimpunan agensi-agensi di bawah Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini, semalam.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Urusan Lembaga Tabung Haji, Datuk Ismee Ismail berkata, mengikut rekod, TH telah mengagihkan dividen sebanyak lima peratus tahun lepas.

"Pada 2009, TH membayar sebanyak lima peratus dan untuk tahun ini kita akan umumkan nanti," katanya.

Tambahnya, bayaran dividen yang dibuat oleh TH juga mencatatkan prestasi yang memberangsangkan berbanding agihan dividen oleh perbankan Islam yang lain.

"Kita kena buat perbandingan antara dividen TH bayar serta akaun bank-bank perbankan Islam lain, perbezaan dari sudut itu kita mencatatkan jumlah yang memberangsangkan," katanya.

COMMENTS

Nama

AFC Cup AFF-Cup agama automotif badminton bersih bola sepak dunia ekonomi EPL extra feature gadgets gambar hiburan highlight La Liga lain-lain Liga Juara-Juara Liga M LTdL Motorspot muktamar NahasMH17 Nasional opinion PialaDunia PialaMalaysia politik PRK prn-sarawak rencana santai SEA Games sihat sukan teknologi thomas uber cup umum wilayah
false
ltr
item
The Malaysian View - Latest News: Tabung haji dijangka agih bonus tertinggi hasil keuntungan RM1.5 bilion
Tabung haji dijangka agih bonus tertinggi hasil keuntungan RM1.5 bilion
http://3.bp.blogspot.com/_hs5CG6HflAI/TS5qWIEaV5I/AAAAAAAAEts/kIZLNqoiWjc/s200/tabung-haji.jpeg
http://3.bp.blogspot.com/_hs5CG6HflAI/TS5qWIEaV5I/AAAAAAAAEts/kIZLNqoiWjc/s72-c/tabung-haji.jpeg
The Malaysian View - Latest News
http://www.themalaysianview.com/2011/01/tabung-haji-dijangka-agih-bonus.html
http://www.themalaysianview.com/
http://www.themalaysianview.com/
http://www.themalaysianview.com/2011/01/tabung-haji-dijangka-agih-bonus.html
true
2586697549792841116
UTF-8
Not found any posts VIEW ALL Readmore Reply Cancel reply Delete By Home PAGES POSTS View All RECOMMENDED FOR YOU LABEL ARCHIVE SEARCH Not found any post match with your request Back Home Sunday Monday Tuesday Wednesday Thursday Friday Saturday Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat January February March April May June July August September October November December Jan Feb Mar Apr May Jun Jul Aug Sep Oct Nov Dec just now 1 minute ago $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Yesterday $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago