Header Ads

Ops Valentine: 35 dicekup penguatkuasa JAIP kerana khalwat dan judi

KUANTAN: Seramai 35 dicekup Penguatkuasa Jabatan Agama Islam (Jaip) Pahang malam kelmarin melalui Ops Valentine kerana disyaki berkhalwat dan berjudi.

Timbalan Pengarah Jaip, Datuk Mohd. Ghazali Abdul Aziz berkata, operasi membabitkan 40 Penguat kuasa itu diadakan di beberapa hotel murah dan kawasan peranginan di sekitar Kuantan.

Menurutnya, semua Penguatkuasa menjalankan pemantauan pada petang Ahad dan tamat awal pagi kelmarin.

“Operasi bermula di pantai pada Ahad sebelum malam Valentine manakala serbuan di hotel murah berakhir jam 6 pagi semalam,” katanya ketika selepas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Amad Shah, di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam operasi sama, seramai 12 dicekup kerana dipercayai berjudi.

Katanya, kerjasama di antara Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Pa-hang berjaya menahan lelaki berusia 30-an hingga 50-an terbabit.

“Semua yang ditahan diberi kaunseling sebelum didakwa di mahkamah dan operasi akan diterus untuk banteras kegiatan itu," katanya. -SH
Dikuasakan oleh Blogger.