Header Ads

40 juta seluruh dunia muat turun Windows Internet Explorer 9

Microsoft Malaysia memperkenalkan Windows Internet Explorer 9 (IE 9), versi terkini pelayar yang paling kerap digunakan di dunia dan pelayar beta paling banyak dimuat turun dengan jumlah melebihi 40 juta sehingga kini.

Ketua Pegawai Pemasaran dan Operasinya, Danny Ong berkata, banyak laman sesawang di seluruh dunia sudah mula menggunakan keupayaan IE 9 yang dipertingkatkan bagi memberikan pengalaman yang hebat kepada penggunanya.

Danny Ong dalam satu kenyataan media berkata, pelayar terbaru ini memberikan pengguna pengalaman sesawang yang lebih hebat dengan menawarkan ciri yang digemari.

Sebagai penyediaan bagi pelancaran pelayar ini, Microsoft menjalankan tinjauan bagi mendapatkan maklumat berhubung tabiat dan kekhuatiran berkaitan melayari laman sesawang terhadap 11 negara Asia Pasifik termasuk Malaysia dan 21 negara Eropah.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran Produk Internet Explorer di Microsoft Asia Pasific, Jonahan Wong berkata, pelayar terbaru ini meningkatkan nilai dan menghidupkan lagi laman sesawang serta maklumat yang terkandung di dalamnya.
Dikuasakan oleh Blogger.