Header Ads

Ahli DPR Indonesia disiasat kerana menonton porno, di Malaysia bagaimana?

WarkahDaily – Ketegasan dan undang-undang berkaitan porno di Malaysia nampaknya semacam lebih loggar jika nak dibandingkan dengan negara jiran, Indonesia. Jika di Indonesia, undang-undang berkaitan penyebaran dan menonton porno tersangat ketat sehinggakan kerajaan cuba untuk menyekat laman-laman berkaitan porno di negara itu.


Aksi Ahli DPR Indonesia sedang menonton porno melalui ipadnya telah di rakam oleh sekumpulan wartawan.
Bukan itu sahaja, sesiapa sahaja yang menyebar porno akan didakwa melalui akta yang telah diwartakan.

Di Malaysia, negara gempar dengan gelagat tiga budak nakal yang menayang video seks yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim dan isu liwat beliau yang entah sampai bila akan selesai.

Bukan itu sahaja, malah berita dan gambar-gambar (cut foto video seks) disiarkan juga melalui TV dan akhbar arus perdana. Seolah-olah porno tersangat bebas di Malaysia.

Di Indonesia, yang terbaru seperti yang dilaporkan Agensi berita AFP, Seorang ahli parlimen Indonesia kini disiasat pihak berkuasa selepas gambarnya sedang asyik menonton filem porno dengan alatan ipad di Parlimen telah dirakam.

Tindakan Arifinto, yang mewakili parti konservatif, Parti Keadilan Kemakmuran Islam (PKS) dirakam dalam kamera menunjukkan beliau sedang melihat imej lucah di bawah meja semasa sesi perbahasan.

Gambar yang kali pertama disiarkan dalam laman web berita turut tersebar dalam Twitter dan blog sepanjang minggu.

“Memalukan. Rejam dan baling. Tidak sopan,” kata pengguna@benimonzieur dalam Twitter.

Timbalan Pengerusi Kod Etika, Nudirman Munir berkata kes itu masih dalam penyiasatan.

“Kita menjalankan siasatan bagi memastikan beliau benar-benar melanggar kod etika,” katanya.

“Jika dibuktikan benar, ini adalah pelanggaran yang serius dan beliau merosakkan imej serta maruah parlimen. Cara yang mudah ialah supaya beliau meletak jawatan atau diberhentikan,” kata Munir.


Gelagat MP Barisan Nasional yang mahu menonton video seks di Parlimen.
Arifinto bagaimanapun mendakwa beliau tidak sengaja membuka emel yang membawa kepada imej lucah, kata akhbar Jakarta Globe.

“Saya berhenti melihatnya dan memadamnya dari emel saya,” katanya.
Skandal yang membabitkan video lucah membabitkan tiga selebriti popular terus menjadi bualan sejak beberapa bulan lalu di Indonesia.

Syarikat Kanada, Research in Motion (RIM), pembuat telefon bimbit pintar BlackBerry mula menapis bahan lucah di Indonesia pada Januari selepas diarahkan Menteri Komunikasi dan Teknologi Maklumat, Tifatul Sembiring yang juga anggota PKS.

Bayangkan kalau MP atau orang politik Malaysia berada di Indonesia, sudah pasti depa ni tak lekang dari disiasat jika terlibat dengan benda-benda jijik tu.

Tiga budak nakal yang duk tayang video seks tempoh hari belum lagi ditangkap…semacam negara kita tak kisah dengan penyebaran dan penayangan video porno.

Ubahlah sebelum semakin punah wahai rakyat Malaysia!
Dikuasakan oleh Blogger.