Header Ads

Ahli parlimen mahu tonton video lucah?

WarkahDaily – Hahaha…dah hilang dah ’kemaluan’ nampak. Beriya benar nak nonton video lucah ya.


MEMALUKAN: Apakah wajar dewan yang mulia ini mahu dipertontonkan tayangan video lucah?
Semalam lapor Bernama, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz bertindak menyokong cadangan supaya rakaman video aksi seks yang dikaitkan dengan seorang pemimpin parti pembangkang ditayangkan di Parlimen.

Sokongan itu dibuat selepas Karpal Singh didakwa mencadangkan supaya rakaman video berkenaan ditayangkan di Parlimen, lapor akhbar tempatan kelmarin.

Bagaimana pun Nazri berkata ianya tertakluk kepada persetujuan speaker Parlimen kerana hanya beliau mempunyai kuasa menentukan sesuatu keputusan dalam dewan.

"Tapi kita bimbang kalau benda ini ditayang, adakah ia akan melanggar undang-undang.

"Kalau nak tayang di Parlimen, di mana? Kalau di perkarangan Parlimen susah nak dapat imuniti, kena tanya speaker dulu sebab dia yang tentukan, tak payah buat usul, minta sahaja kepada speaker," katanya selepas merasmikan Persidangan Tahunan Kali Ke-5 Jabatan Peguam Negara Malaysia, Brunei Darussalam dan Singapura di Langkawi semalam.

Pasti semua tersenyum...si isteri YB MP mula menjeling si suami bila sampai ke rumah. ”abang tengok lucah ke tadi?, ” gertus si isteri semacam jeles.

Teringat aku pada berita tersiarnya laman porno di komputer parlimen Indonesia hasil kerja penggodam yang marah kepada kerajaan yang cuba menyekat laman yang berunsur porno di Indonesia. Gelabah ahli parlimen dibuatnya. Ramai kaget dan marah.

Di Malaysia pula, kelucahan bukan disabotaj atau ada hackers yang cuba menggodam komputer parlimen tapi ianya diminta sendiri ahli parlimen. Dahsyatnya!

Inilah semua berpunca daripada tiga budak nakal yang sesuka hati duk tayang video porno kat wartawan..akhirnya ia merebak..sekarang dah seluruh dunia melihatnya. Inikah gaya berpolitik di Malaysia?

Hapuskan politik jijik, politik kotor, politik seks...hapuskan Umno-BN
Dikuasakan oleh Blogger.