Header Ads

Badminton terbuka Australia: Choong Hann, Hafiz Hashim lepasi pusingan awal

Wong Choong Hann dan Mohd Hafiz Hashim terus membawa cabaran Malaysia dalam acara perseorangan Terbuka Australia selepas masing-masing melepasi dua pusingan awal.

Choong Hann (Gambar kanan) yang juga pilihan kelapan hanya memerlukan 17 minit untuk menewaskan wakil tuan rumah Ashwant Gobinathan di pusingan pertama sebelum menamatkan cabaran pemain Jepun, Yuichi Ikeda 21-19, 21-16 untuk mara ke pusingan ketiga.

Rakan senegara Hafiz (Gambar kiri) menyertai Choong Hann di pusingan ketiga setelah mengalahkan seorang lagi wakil Jepun, Kazuteru Kozai 21-19, 21-13 dan Andre Kurniawan Tedjono dari Indonesia 21-15, 17-21, 21-9.

Namun perjalanan Chiang Jiann Shiarng dan Zulfadli Zulkifli tamat setelah tewas kepada lawan masing-masing di pusingan kedua.

Beregu campuran Gan Teik Chai-Ng Hui Lin serta Tan Bin Shen-Ng Hui Ern berjaya mara ke pusingan kedua setelah mengenepikan lawan masing-masing.

Teik Chai-Hui Lin menang mudah ke atas pasangan Australia Ross Smith-Kate-Wilson Smith 21-16,21-15 manakala Bin Shen-Hui Ern mengambil masa 52 minit untuk mengatasi wakil China, Chen Zhoufu-Xiao Ting 19-21, 21-19, 21-11. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.