Header Ads

Bolton malapkan harapan Arsenal rangkul juara liga

LONDON: Bolton menggunakan sepenuhnya kelebihan bermain di gelanggang sendiri selepas berjaya memalukan Arsenal 2-1 ketika kedua-dua pasukan beraksi di Stadium Reebok lewat malam tadi.


Tamir Cohen meraikan jaringannya untuk kemenangan Bolton Wanderers 2-1 ke atas Arsenal di Stadium Reebok lewat malam tadi. | foto Action Images
Harapan tinggi Arsenal untuk menang dalam perlawanan itu bagi mencari peluang memburu gelaran juara liga, musnah apabila Tamir Cohen muncul menjaringkan gol kemenangan Bolton di minit ke-90.

Terdahulu, Daniel Sturridge mencipta jaringan pertama Bolton (M38), sebelum Robin Van Persie menyamakan kedudukan di minit ke-48.

Arsenal yang terpaksa akur dengan kekalahan pertama dalam 17 perlawanan, ketinggalan sembilan mata dibelakang pendahulu liga, Manchester United.

Anak buah bimbingan Arsene Wenger itu kini berada di tangga ketiga dan hanya mempunyai empat perlawanan berbaki.

"Kekalahan itu sukar untuk diterima. Kami masih gagal mengatasi mereka, biarpun mempunyai peluang untuk menang dalam perlawanan itu.

"Dalam saingan lalu ketika menentang Liverpool dan Tottenham, kami juga mempamerkan persembahan yang baik, namun ganjarannya masih tidak cukup memuaskan," kata Arsene Wenger. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.