Header Ads

Bosan! Dah 25 tahun undi BN tapi tiada perubahan, kali ini mahu tukar

SEBUYAU: "Bosanlah, sudah 25 tahun undi BN tapi tidak ada perubahan," luah seorang pengundi N22, Dun Sebuyau.


Duri memberitahu beliau kali ini akan memberi undi kepada calon PAS, Haji Adam Ahid walaupun sebelum ini mengaku hanya mengundi BN. | foto Harakahdaily
Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Duri ditemui sewaktu kami membuat tinjauan di Kampung Seberang, Sebuyau hari ini.

Melihat wajahnya yang tidak lokek dengan senyuman, Harakahdaily mula menegur beliau yang sedang menunggu bot penambang untuk ke seberang, dan perbualan bermula tidak formal bermula.

Di jeti tempat menunggu bot itu, terdapat sebuah rumah penyokong PAS yang dipenuhi poster calon PAS, Haji Adam Ahid.

"Tadi saya ada jumpa dia," katanya sambil mengarahkan jari telunjuk ke poster Adam.

Melihat reaksinya yang begitu senang dengan calon yang dipertaruhkan PAS itu, Harakahdaily mula bertanya lebih lanjut.

Duri yang sudah beberapa kali mengundi dalam pilihan raya negeri memberitahu beliau akan memberi undi kepada Adam kali ini walaupun sebelum ini memang mengundi BN.

"Kami memang akan undi dia (Adam). Suami saya pun memang ikut dia," akuinya jujur.

Ditanya sebab ingin memilih Adam, beliau mula meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap kepimpinan BN.

"Sudah 25 tahun undi BN tapi tak ada perubahan. Bosan sudah. Kali ini mahu tukar," katanya sedikit tegas.

Ditanya lanjut, beliau yang merupakan seorang petani tidak berpuas hati kerana terpaksa membeli baja padi daripada BN.

"Kami selalu kena beli baja daripada BN. Sepatutnya kami boleh dapat subsidi sahaja," katanya.

Ditanya mengenai wakil rakyat BN di Dun itu, beliau hanya menjuihkan bibir dan menggelengkan kepala.

Sejak empat penggal lalu, kerusi Dun tersebut disandang wakil rakyat BN dari PBB, Julaihi Narawi.

"Tidak bagus la dia. Tidak pernah turun dengar masalah kami. Tidak pernah nampak muka," katanya.

Pada pilihan raya kali ini, calon PAS, Adam Ahid berhadapan secara satu lawan satu dengan Juraihi. -Harakahdaily

WarkahDaily - Nahaslah BN..sebelum ini, mana ada pengundi Dun Sarawak berani cakap macam tu...sekarang dia orang dah mula berani menentang BN.. Patutlah dua tiga buah jet hak milik kerajaan digunakan pemimpin Umno-BN untuk kerahan tenaga bagi hadapi Pakatan Rakyat di Sarawak.
Dikuasakan oleh Blogger.