Header Ads

Bukit Aman bersekongkol dengan BN ugut calon PAS?

WarkahDaily – Sangat mengejutkan jika Ibu Pejabat Polis Bukit Aman bersekongkol dengan Pemimpin Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihanraya umum negeri Sarawak.


Calon PAS Dun Tanjung Datu, Nani Sahari.
Ramai sudah maklum, BN akan lakukan apa sahaja tidak kira salah atau betul tindakan mereka itu, asalkan kemenangan berpihak kepada mereka.

Walaupun pemimpin BN mendakwa mereka adalah parti yang kuat dan mendapat sokongan rakyat Sarawak, tetapi dalam masa yang sama, depa duk berusaha untuk beli (melakukan suapan rasuah) calon PAS, bahkan melakukan jenayah ugut terhadap calon PAS.

Yang mengejutkan, ianya mendapat kerjasama pihak polis (Bukit Aman).

Semalam, Harakahdaily melaporkan calon PAS di Dewan Undangan Negeri (Dun) Tanjung Datu, Nani Sahari didakwa cuba diugut dan cuba dibeli pihak tertentu.

Menurut Harakahdaily, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Lundu 7 April lalu oleh wakil calon, Syed Abdul Rahman Syed Hussain.

Menurut Abdul Rahman, ketika sedang mengadakan kempen rumah ke rumah, calon menerima panggilan telefon daripada seorang lelaki yang memperkenalkan diri sebagai seorang pegawai polis.

Dalam perbualan itu, lelaki tersebut cuba memujuk beliau untuk berjumpa dan berunding tentang penyertaan beliau dalam pilihan raya negeri kali ini.

Bagaimanapun, Nani didakwa menolak pelawaan tersebut secara baik dan meletak telefon biarpun diajak bertemu sendirian beberapa kali.

"Calon bagitahu saya dia menolak pelawaan itu dengan memberitahu dia ada perinsip dan tidak mahu berunding apa-apa.


Mahfuz dan Syed Abdul Rahman menunjukkan salinan repot polis yang dibuat). | foto Harakahdaily
"Kita anggap ini satu percubaan untuk membeli, mengugut dan menyusahkan calon kita," katanya ketika ditemui semalam.

Katanya, pihak polis juga turut mengesahkan nombor telefon yang diguna untuk menghubungi calon itu adalah dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Amat dikesali jika apa yang disahkan oleh pihak polis itu memang betul dan memang wujud kerjasama antara BN dan pihak atasan polis untuk hadapi PR di Sarawak.

Sekarang, amatlah jelas, BN telah memanipulasi semua jentera, jabatan kerajaan , penjawat awam dan pegawai keselamatan untuk hadapi PR dalam pilihanraya.

Dalam hal ini, SPR jangan tidur dan berdiam diri kerana ianya melibatkan parti BN. Jika sebaliknya (melibatkan PR), sudah tentu SPR bertindak sebelum ianya dilaporkan (sepantas kilat).

Betapa songsangnya demokrasi di Malaysia.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar dalam kenyataannya, meminta pihak polis mengadakan siasatan segera atas kejadian itu.

"Kita mahu polis mengadakan siasatan segera kerana kita tidak mahu perkara sama berulang dan boleh menjejaskan kempen calon," tegasnya.
Dikuasakan oleh Blogger.