Header Ads

Dahsyat! dari RM3.5 juta boleh melonjak kepada RM36 juta, SPRM kena siasat segera!

WarkahDaily – Sudah menjadi amalan di negara ini yang diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN), bila seseorang itu dapat tender sesebuah projek, dianggap peluang atau tiket untuk songlap duit, untuk jadi kaya-raya dan lubuk melombong duit.

Tak pelik bagi kita di zaman BN memerintah, jika sesuatu projek yang pada asalnya berharga RM3.5 juta, tetapi boleh melonjak naik peningkatan kosnya kepada RM36 juta. 12 kali ganda daripada harga asal.


Acara pecah tanah projek veledrom mini di Dungun tahun lepas oleh Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.
Dan tak pelik, selepas sesuatu projek itu siap, yang terlibat dengan tender berkenaan akan dapat ’durian runtuh’, hidup senang, pakai kereta mewah, dapat rumah besar dan pergi melancong ke luar negara.

Lapor Kosmo hari ini, Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said amat terkejut dengan peningkatan kos terlalu ketara pembinaan velodrom mini di Dungun, Terengganu sehingga mencecah RM36 juta iaitu 12 kali ganda daripada kos sepatutnya sebanyak 3.5 juta.

Ahmad juga pelik bagaimana kos pembinaan kemudahan sukan itu boleh melonjak begitu ketara dan menyifatkan ia tidak rasional dan perlu diteliti semula kerana perbezaan daripada kos asal yang sangat ketara.

Sambil menegaskan supaya kos pembinaan velodrom tersebut mengikut ketetapan asal, Ahmad mahu pihak yang terbabit, terutamanya Jabatan Kerja Raya supaya mengkaji semula tentang perkara itu.

“Memang saya terkejut... sebab itu saya mahu ia dikaji semula,” kata Ahmad di Kuala Terengganu kelmarin.

Sebelum ini, kos asal pembinaan velodrom mini yang dicadangkan Kerajaan Negeri Terengganu dan Majlis Sukan Negara (MSN) dianggarkan sekitar RM3.5 juta.

Ahmad menambah, pihaknya menyerahkan kepada JKR untuk menetapkan pelan atau reka bentuk velodrom mini itu agar bersesuaian dengan jumlah kos seperti mana perancangan asal.

Sementara itu, Ketua Pengarah MSN, Datuk Zolkples Embong turut menyifatkan kos projek tersebut amat tinggi.

“Kos pembinaan velodrom mini itu amat tinggi memandangkan kita hanya mahu membina sebuah velodrom biasa untuk dijadikan pusat latihan serta venue pertandingan peringkat tempatan,” katanya.

Dalam hal demikian, tak mustahil pembinaan velodrom mini berkenaan ada unsur-unsur rasuah. SPRM tidak boleh berdiam diri dan diminta siasat segera agar pihak-pihak tidak bertanggungjawab tidak sesuka hati melonjakkan kos sesuatu projek demi keuntungan kantong peribadi orang-orang tertentu.
Dikuasakan oleh Blogger.