Header Ads

Dirk Kuyt hampakan Arsenal menuju ke puncak liga

ENGLAND: Harapan Arsene Wenger untuk membawa Arsenal ke takhta Liga Perdana Inggeris kian sulit setelah pemain Liverpool, Dirk Kuyt berjaya menyamakan kedudukan 1-1 dalam perlawanan penuh dramatik di Stadium Emirates lewat malam tadi.


Pemain Liverpool, Dirk Kuyt (tengah) ketika mengambil sepakan penalti di minit -minit akhir perlawanan untuk menyamakan kedudukan 1-1 dengan Arsenal dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, 17 April 2011. | foto AFP
Arsenal dan Liverpool masing-masing meraih satu gol menerusi sepakan penalti yang dihadiahkan dalam masa kecederaan.

Arsenal pada mulanya dilihat berkeyakinan untuk memenangi perlawanan itu apabila sepakan Robin van Persie berjaya menghasilkan gol di minit-minit akhir (M90+8). Penalti tersebut dihadiahkan selepas Jay Spearing dipersalahkan kerana menjatuhkan Cesc Fabregas dalam kotak penalti.

Namun, kesilapan pemain Arsenal, Emmanuel Eboue yang menolak Lucas Leiva dalam keadaan kelam kabut telah memaksa pengadil menghadiahkan penalti kepada Liverpool, sebelum Dirk Kuyt menyempurnakannya (M90+12).

Sebelum sepakan penalti tersebut, pengadil terlebih dahulu menghadiahkan sepakan percuma untuk Liverpool. Namun, bola yang disepak Luis Suarez di atas garisan kotak penalti gagal menghasilkan gol.

Arsenal yang kini mengumpul 63 mata, ketinggalan enam mata dibelakang pendahulu liga, Manchester United (69). Sementara itu Liverpool berada ditangga keenam dengan memiliki 49 mata. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.