Header Ads

Dua anak Gaddafi cadang pelan demokrasi, tuntut pengunduran bapanya

WASHINGTON: Dua orang anak lelaki pemimpin Libya, mencadangkan satu pelan perubahan pemerintahan bercorak demokrasi berperlembagaan yang mana ia turut menuntut pengunduran kepimpinan ayah mereka, Muammar Gaddafi, menurut akhbar New York Times, kelmarin.


Anak Gaddafi, Seif al-Islam el-Gaddafi mencadangkan pelan perubahan pemerintahan bercorak demokrasi berperlembagaan untuk Libya. | foto NYT
Akhbar itu turut melaporkan, peralihan kuasa itu akan dipelopori oleh salah seorang anak Gaddafi, iaitu Saif Al-Islam Gaddafi.

Bagaimanapun, keputusannya masih tidak jelas sama ada Gaddafi, 68, bersetuju dan sudah menandatangani kertas cadangan yang disokong oleh Saif dan Saadi Gaddafi tersebut.

Terdahulu, kerajaan Libya turut menghantar pemangku Menteri Luar, Abdel Ati al-Obeidi ke Greek untuk mencari jalan penyelesaian menamatkan krisis yang semakin meruncing di negara itu.

Menteri Luar Greek, Dmitris Droutsas menyifatkan tindakan itu sebagai langkah untuk menyelesaikan sengketa politik dan krisis hubungan diplomatik yang mencetuskan pergolakan di Libya, yang mana tentera pro-Gadaffi terpaksa berusaha memerangi kemaraan pemberontak yang berterusan menggesa beliau meletak jawatan.
Dikuasakan oleh Blogger.