Header Ads

England FA dakwa Wayne Rooney kerana kata-kata kesat ke arah kamera

ENGLAND: Persatuan Bola Sepak England (FA) telah mendakwa penyerang Manchester United, Wayne Rooney berhubung tindakannya mengeluarkan kata-kata kesat kearah kamera televisyen ketika pasukannya menang 4-2 keatas West Ham di Upton Park.


Wayne Rooney meraikan jaringan hatriknya dengan menghamburkan kata-kata kesat ke arah kamera televisyen. | foto Getty Image
Jurucakap FA memberitahu pemain itu didakwa kerana menggunakan kata-kata berbentuk menyerang, menghina dan/atau kasar.

Rooney bertindak demikian ke arah kamera ketika dia meraikan jaringan gol bersama rakan sepasukan selepas menyempurnakan hatrik.

Pengarah FA, Sir Trevor Brooking berpendapat perilaku Rooney di Upton Park harus disiasat.

Terdahulu, Rooney telah pun memohon maaf berhubung perkara itu. Dia berkata: "Saya mohon maaf atas kesalahan itu. Reaksi spontan itu sebenarnya tidak ditujukan kepada sesiapa."

Tindakan seperti itu, bukanlah kejadian pertama dilakukan oleh Rooney. Tahun lalu, dia pernah dituduh mengeluarkan kata-kata berupapa mengejek, kearah kamera ketika perlawanan Piala Dunia, peringkat kumpulan menentang Algeria. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.