Header Ads

EPL: Andy Carroll wira Liverpool belasah Manchester City

LONDON: Liverpool nyata unggul apabila menewaskan Manchester City dengan tiga gol tidak berbalas, ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam saingan Liga Perdana Inggeris yang berlangsung di Anfield awal pagi ini.


GOL PERTAMA: Andy Carroll meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan, Raul Meireles (kanan) dalam perlawanan Liga Inggeris menentang Manchester City awal pagi tadi. Liverpool menang 3-0. | foto Getty Images
Penyerang termahal yang dibawa masuk dari Newcastle dengan kos perpindahan sebanyak 35 juta pound (RM173 juta) Januari lalu, Andy Carroll, telah membuktikan kemampuannya dengan menghadiahkan dua gol untuk Liverpool, masing-masing pada minit ke-13 dan 35.

Manakala satu lagi jaringan dihasilkan oleh Dirk Kuyt pada minit ke-34.

Nasib City pada perlawanan itu lebih malang apabila kapten Carlos Tevez mengalami kecederaan lutut dan bakal melepaskan peluang untuk beraksi dalam saingan separuh akhir Piala FA menentang Manchester United nanti.

Liverpool (ditangga keenam) yang berada di belakang Tottenham telah mengumpul 48 mata, dengan berbaki enam perlawanan.

Kemenangan itu sekaligus mencerahkan peluang Liverpool untuk melayakkan diri dalam saingan Liga Juara-Juara musim hadapan.

Menurut Kuyt, kehadiran Carroll dan penyerang Luis Suarez sejak Januari lalu, banyak merubah rentak permainan Liverpool.

"Permainan kami semakin mudah apabila ia dibarisi dengan pemain yang berkualiti. Sasaran kami selepas ini ialah untuk mencari kedudukan ditangga kelima.

"Saya tahu ia nampak sukar, tetapi kami mesti mencuba," katanya. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.