Header Ads

EPL: Arsenal benam Blackpool kejar Man Utd, Aston Villa tewaskan Newcastle

ENGLAND: Arsenal berada dalam landasan baik untuk mengejar pendahulu liga selepas berjaya membenam Blackpool 3-1 dalam perlawanan yang berlangsung di Bloomfield Road lewat malam tadi.


Penyerang Arsenal Robin van Persie (kiri) bersaing dengan pemain tengah Blackpool Charlie Adam untuk merebut bola ketika perlawanan Liga Perdana Inggeris antara Blackpool dan Arsenal di Bloomfield Road in Blackpool, England, April 2011. | foto AFP
Skuad bimbingan Arsene Wenger itu kini mengumpul 62 mata, tujuh mata di belakang Manchester United.

Pada perlawanan tersebut, Arsenal meraih gol pertama seawal minit ke-18, menerusi Abou Diaby. Tidak lama kemudian, Emmanuel Eboue pula menambah jaringan (M21), sebelum Blackpool meraih golnya menerusi Taylor-Fletcher pada minit ke-52.

Namun, Arsenal menjarakkan diri mereka apabila Robin van Persie menghadiahkan gol di minit ke 76.

The Gunners yang meraih kemenangan pertama dalam empat perlawanan, percaya mereka mampu mengejar United lebih-lebih lagi mempunyai potensi menewaskan anak buah Sir Alex Ferguson itu dalam pertemuan di Stadium Emirates pada 1 Mei nanti.

Wenger berkata, "Saya percaya kami masih mempunyai peluang sekiranya menang dalam perlawanan tersebut. Kami mesti menang dalam perlawanan ditempat sendiri. Namun, kami terlebih dahulu perlu menewaskan Liverpool".

Dalam satu lagi perlawanan di Villa Park turut menyaksikan Aston Villa berjaya menewaskan Newcastle 1-0 hasil tandukkan James Collins di separuh masa pertama.

Gol tunggal itu sudah cukup untuk meredakan ketakukan mereka daripada zon penyingkiran. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.