Header Ads

EPL: Clint Dempsey bantu Fulham benam Bolton 3-0, jauhi zon penyingkiran

LONDON: Fulham kelihatan hampir pasti mengesahkan status atasan mereka musim depan selepas mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas Bolton di Craven Cottage.


CLINT DEMPSEY diberi ucapan tahniah oleh rakan-rakan di luar padang selepas menjaringkan gol untuk pasukannya. Fulham menang 3-0 ke atas Bolton di Craven Cottage awal pagi tadi. | foto getty Images
Clint Dempsey muncul wira Fulham apabila menjaringkan dua gol dengan Brede Hangeland menambah gol ketiga bagi memberikan Fulham kemenangan penting yang menyaksikan mereka melonjak ke tangga kesembilan, lapan mata di atas zon penyingkiran.

Bolton pula gagal mempamerkan aksi bertenaga dan perlu berterima kasih kepada penjaga gol, Jussi Jasskelainen yang berulangkali mematahkan cubaan-cubaan merbahaya Fulham.

Fulham mendahului seawal minit ke-15 permainan apabila Dempsey melakukan sepakan akrobatik dari jarak 12 meter untuk menewaskan Jasskelainen dan empat minit selepas rehat, penyerang Amerika Syarikat itu menggandakan kelebihan dengan jaringan jarak dekat.

Hangeland memastikan malam penuh bermakna buat Mark Hughes berakhir dengan baik apabila menanduk masuk bola hasil sepakan percuma Danny Murphy. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.