Header Ads

EPL: Juara bertahan 'The Blues' terus tekan Man Utd sebagai pendahulu liga

Chelsea mengekori rapat pendahulu liga, Manchester United dengan hanya dipisahkan enam mata selepas mencatatkan kemenangan bergaya 3-1 ke atas Birmingham City, awal pagi semalam.


PUAS: Drogba dengan gaya tersendiri selepas membantu pasukannya menang ke atas Birmingham City 3-1 awal pagi semalam. | foto AFP
Juara liga musim lepas itu menguasai sebahagian besar perlawanan dengan penyerang utamanya Didier Drogba menjadi inspirasi buat Chelsea bangkit di laman sendiri.

Namun, penyerang Ivory Coast itu tidak menyumbat sebarang gol sebaliknya rakan senegaranya, Salomon Kalou muncul wira dengan membolos gawang lawan dengan dua gol sebelum pemain Perancis, Florent Malouda menambah duka Birmingham dengan gol ketiga pada minit ke-62.

Sebastian Larsson menghadiahkan gol sagu hati buat pasukan pelawat menerusi gol penalti pada minit ke-77.

Sementara itu, penyerang baru The Blues, Fernando Torres masih gagal membuat jaringan sejak sertai Chelsea awal tahun ini.
Dikuasakan oleh Blogger.