Header Ads

EPL: Manchester City meraih kemenangan bergaya apabila belasah Sunderland

ENGLAND: Manchester City meraih kemenangan bergaya apabila membelasah Sunderland 5 gol tidak berbalas ketika kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris di Stadium Manchester awal pagi tadi.


Carlos Tevez meledak jaringan penalti buat kedudukan selesa Manchester City dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Sunderland di Stadium Manchester, England, awal pagi tadi. Manchester City menang 5-0.
Dengan kemenangan itu sekaligus meletakkan City (56 mata) ditangga ketiga liga mengatasi Chelsea dengan perbezaan satu mata.

Apa yang menariknya dalam perlawanan itu, Adam Johnson yang muncul buat julung kalinya selepas hampir tiga bulan berehat akibat kecederaan buku lali, menjaringkan gol pertama City pada minit ke-9.

Di minit ke-15, Carlos Tevez pula meletakkan City dalam kedudukan selesa selepas menyempurnakan jaringan penalti.

Penderitaan Sunderland tidak terhenti disitu apabila, barisan City semakin ganas pada separuh masa kedua. Mereka menambahkan tiga lagi gol masing-masing menerusi pemain David Silva pada minit ke-M63, Patrick Vieira (67) dan Yaya Toure (73).

Dalam satu lagi perlawanan lain turut menyaksikan Fulham berjaya menundukkan Blackpool 3-0 di Stadium Craven Cottage, London.

Gol dijaringkan oleh pemain Zamora pada minit ke-23, M28 dan Etuhu M72. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.