Header Ads

F1 GP PETRONAS Malaysia: Vettel terpantas sesi kelayakan

SEPANG: Pemandu Red Bull Sebastian Vettel membuktikan kejaguhannya selaku juara dunia apabila mencatat masa terpantas pada pusingan kedua Formula Satu Grand Prix PETRONAS Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang semalam.


Sebastian Vettel mengambil selekoh semasa sesi kelayakkan perlumbaan Formula Satu Grand Prix PETRONAS Malaysia di Litar Antarabangsa Sepang pada 9 April 2011. | foto AFP
Pemandu berasal dari Jerman tersebut mencatat masa terpantas 1 min 34.870 saat untuk berada di petak pertama, manakala rakan sepasukan Mark Webber pula akan memulakan perlumbaan esok di petak ketiga.

Lewis Hamilton dari pasukan McLaren juga turut mencuri tumpuan apabila berjaya memecahkan dominasi pasangan Red Bull tersebut apabila mencatat masa kedua terpantas, 0.104s kurang daripada Vettel.

"Hari yang baik buat kami berdua hari ini, tanpa penetapan sistem KERS yang tepat pada jentera yang dilakukan mungkin kami tidak berjaya pada hari ini.

"Ia hari yang sukar sehingga sesi kelayakan hari ini, kami berjaya mengharungi dengan penuh teliti dan sabar. Saya mengucapkan terima kasih buat mekanik dan krew yang memastikan jentera kami dalam keadaan yang sangat baik hari ini," ujar pemandu berasal dari Jerman, Vettel semasa sidang media.

Manakala bagi tiga pasukan dari Malaysia, keputusan terbaik yang berjaya hadir daripada pasukan Lotus-Renault setelah Nick Heidfeld berjaya menempah petak keenam dan rakannya Vitaly Petrov pula akan memulakan perlumbaan di petak kelapan.

Berbeza dengan Team Lotus, kedua-dua pemandu Heikki Kovalainen dan Jarno Trulli sekadar bermula di petak ke-19 dan 20 pada perlumbaan esok.

Meskipun begitu Ketua Pasukan Team Lotus, Dato' Tony Fernandes tetap optimis dan berpuas hati dengan kedua-dua pemandunya dan mengganggap sesi kelayakkan tersebut sebagai satu petanda positif buat mereka.

"Ia satu peningkatan dan mereka mula mendapat rentak serta semakin pantas didalam setiap perlumbaan.

"Bagi saya, ia tetap satu kejayaan meskipun usia kami baru 18 bulan di dalam F1," ujar Tony. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.