Header Ads

Guru tayang video lucah dalam kelas

GUNUNGKIDUL: Seorang guru yang mengajar mata pelajaran Multimedia di sebuah sekolah di Wonosari didakwa tertayang filem lucah dalam kelas, lapor sebuah portal akhbar di Indonesia, Isnin lepas.


Gambar hiasan.
Dikatakan ketika video aksi lucah itu tertayang, para pelajar kelihatan tertanya-tanya apakah ianya merupakan topik pembelajaran oleh guru berkenaan, namun keadaan itu tidak disedari guru berkenaan kerana sedang sibuk membetulkan peralatan tayangan.

Akhbar Radar Jogja melaporkan, guru yang berpangkat AP itu dikatakan tidak sengaja menayangkan filem lucah kepada pelajarnya namun yang pasti, guru berkenaan telah menyimpan klip video lucah dalam laptopnya.

Berdasarkan cerita yang dilaporkan Radar Jogja, ketika guru berkenaan mahu memulakan pengajarannya, dia mengeluarkan laptopnya dan disambungkan ke projektor (alat pemancar).

Mungkin kerana tidak perasan file yang diklik pada laptopnya, guru itu terus menekan butang untuk tayangan sehingga akhirnya secara tidak sengaja aksi lucah dari laptopnya terus terpapar pada skrin tayangan dalam kelas.

Ketika itu semua pelajar berada dalam serba salah dan guru berkenaan tidak sedar klip itu tertayang kerana sedang asyik menguruskan peralatan untuk persiapan mengajar.

Walaupun dilaporkan klip berkenaan tidak terlalu lama tertayang, namun dilaporkan guru berkenaan terkejut menyedari skrin tayangan terpapar filem lucah dan ianya telah disaksikan para pelajarnya sendiri.

Menurut beberapa pelajar yang terbabit, guru berkenaan dikatakan kaget dengan kejadian itu dan terus keluar dari kelas dengan tergesa-gesa dalam keadaan menahan malu kerana klip lucah berkenaan tertayang dan ianya berpunca daripada laptopnya.

Kemudian Radar Jogja berjaya mendapat penjelasan daripada guru berkenaan.

Guru itu mengaku dan telah meminta maaf atas kejadian yang tidak disengajakan itu. Sambil mengaku yang dia tidak tahu menahu dalam laptopnya ada filem lucah.

Selepas mengetahui kesilapan itu, guru berkenaan dikatakan terus menutup video berkenaan.

“Saya berharap masalah ini tidak terus tersebar meluas kerana ia akan memberi imej buruk kepada sekolah.

“Ini semua tidak disengajakan dan kekeliruan sudah diselesaikan,” jelas guru berkenaan.
Dikuasakan oleh Blogger.