Header Ads

Jurulatih bola sepak Kedah akan diketahui esok


Bekas pengendali Negeri Sembilan, Wan Jamak dikatakan berminat untuk membimbing pasukan Kedah.
Persoalan siapakah bakal mengemudi pasukan Kedah akan terjawab esok (Sabtu - 23 April 2011) apabila Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) mengumumkan Ketua Jurulatih baru selepas Ahmad Yusof dilepaskan.

Setiausaha KFA, Datuk Dr Hamdan Mohamed Khalib berkata, surat jemputan daripada KFA akan dihantar kepada pihak media.

“Insya-Allah, kalau tiada apa-apa masalah, KFA akan umumkan keputusan esok,” katanya melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sinar Harian, semalam. -SH
Dikuasakan oleh Blogger.