Header Ads

Keputusan penuh bola sepak Liga Super 2011 (26 April)

Kelantan membuktikan kehebatannya apabila menewaskan Selangor 1-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Sultan Mohamad IV, Kota Baharu semalam.

Sementara itu, Terengganu terus merapatkan jurang mata dengan Selangor selepas mengutip mata penuh menewaskan Sabah 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu.

Terengganu menduduki tangga kedua liga dengan mengumpul 31 mata iaitu satu mata di belakang pendahulu liga, Selangor.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, Pasukan T-Team menewaskan Kedah 3-1.

Perak pula mencatat kemenangan besar apabila membelasah Kuala Lumpur 5-3 di Stadium Ipoh, Perak.

Berikut adalah keputusan penuh Liga Super (26 April 2011):








Kelantan
1 - 0
Selangor







Sabah
1 - 2
Terengganu







T-Team
3 - 1
Kedah







Perak5 - 3
K. Lumpur







Perlis
1 - 2
Pahang








Harimau Muda A
1 - 1
N. Sembilan







Felda United
1 - 1
Johor FC

Dikuasakan oleh Blogger.