Header Ads

Keputusan penuh Liga Premier 2011 (25 April)

WarkahDaily - PKNS Selangor terus dengan rentak cemerlang apabila mengutip mata penuh malam tadi selepas menang ke atas Sime Darby 1-0.

Kemenangan itu terus mengukuhkan kedudukan PKNS di puncak liga dengan kutipan 33 mata selepas mengharungi 13 perlawanan.

Pasukan di tangga kedua liga, Sarawak terus dengan aksi garang apabila membelasah pasukan Pulau Pinang 5-0 di Stadium Negeri, Kuching. Sarawak mengutip 26 mata di tangga kedua.

Pasukan pelapis kebangsaan, Harimau Muda B juga berkenduri gol apabila membelasah SDM Navy 6-0 di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang.

Keputusan penuh Liga Premier 2011 (25 April):









PKNS Selangor1 - 0
Sime Darby










Sarawak
5 - 0
Pulau Pinang










Harimau Muda B
6 - 0
SDM Navy










MP Muar
3 - 2
ATM










Johor
2 - 1
Pos Malaysia










USM FC
2 - 0
PDRM


Dikuasakan oleh Blogger.