Header Ads

Khairi desak Najib jangan mungkir janji ‘undurkan’ Taib

WarkahDaily – Belum lagi keputusan diumumkan secara rasmi walaupun ada perkhabaran ketika itu Barisan Nasional (BN) akan mengekalkan kuasanya di Sarawak, Ketua Pemuda Umno dan BN, Khairi Jamaluddin terus meminta kepimpinan BN mesti berpegang pada janji untuk mengadakan peralihan kuasa kerajaan negeri di Sarawak.

Desakan itu dibuat Khairi dalam twitternya sebelum keputusan rasmi pilihanraya negeri Sarawak diumumkan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Sabtu lepas.

“Nampak gaya BN menang Sarawak. Tapi pemimpin BN mesti pegang janji akan ada peralihan kuasa Sarawak dalam masa terdekat. Bukan alasan untuk melewat-lewatkan lagi,” kata Khairi.

Desakan serta-merta itu dibuat mungkin kerana beliau bimbang kepimpinan Najib sekadar beretorik dan hanya menabur janji dalam pilihanraya. Bila mendapat keputusan yang menyebelahi BN, janji itu akan dilupakan.

Mungkin sejarah terdahulu, kepimpinan BN melambat-lambatkan menunaikan janji mereka yang dilakukan dalam pilihanraya.

Sebenarnya, isu peralihan kuasa kepimpinan Taib, yang mengetuai negeri itu sejak 1981 menjadi isu besar kempen pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini.

Selepas Pakatan Rakyat (PR) dilihat mendesak agar Taib mengumumkan pelan peralihan iaitu mengumumkan penggantinya dan tarikh ia akan dikuatkuasakan.

Kemudian Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak hadir menyelamatkan keadaan dengan mengumumkan peralihan kuasa akan dilaksanakan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri.

Namun kelihatan Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud seolah-olah enggan mengalah awal apabila keesokan hari, beliau menyatakan ia (perubahan kuasan) akan diadakan dalam beberapa tahun lagi.

Khairi sedar, kemelut peralihan kuasa ini amat rumit apabila dilihat Najib semacam takut dengan Taib untuk ’mengundurkan’ Taib dari tampuk pemerintahan Sarawak. Sudah pasti, beliau mahu ianya disegerakan bagi mengelak rakyat Sarawak merasa tertipu dengan janji Najib.
Dikuasakan oleh Blogger.