Header Ads

Liga Perdana: Sime Darby lebur rekod tanpa kalah ATM

Sime Darby

ATM

1

0



Sime Darby berjaya meleburkan rekod tanpa kalah pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada saingan bola sepak Liga Perdana dengan kemenangan 1-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) di Kelana Jaya, semalam.

Mohd Farkhis Fisol meranapkan rekod bersih ATM dengan jaringan pada minit ke-51 untuk membantu Sime Darby menduduki tangga keempat dengan 18 mata, ketinggalan satu mata dengan ATM.

Di Stadium Negeri, Kuching, Sarawak melonjak ke tangga kedua liga setelah menumpaskan Johor 2-0 bagi mengumpul 20 mata selepas 10 perlawanan.

Gol Sarawak diperoleh pada babak pertama menerusi ketua pasukan Zamri Morshidi pada minit ke-30 dan Ashri Chuchu pada minit ke-42.

Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang di sini, pendahulu liga, PKNS Selangor terpaksa berpuas hati dengan keputusaan seri tanpa jaringan dengan Pos Malaysia.

Keputusan seri itu membolehkan PKNS Selangor mempertahankan rekod tanpa kalah serta pendahulu carta pungutan mata dengan 24 mata.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, pasukan MP Muar menewaskan USM FC 2-1.

Gol kemenangan MP Muar dijaringkan oleh Muhammad Fauyi Abdul Bakar pada minit ke-81 selepas Mohd Fitri Omar menyamakan kedudukan pada minit ke-75.

USM FC melakukan jaringan awal pada minit ke-54 menerusi Failee Mohamad Dhazali.

Di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang, Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM)menang tipis 2-1 kepada SDM Navy.

SDM Navy terlebih dahulu membuka jaringan seawal minit pertama menerusi Mohd Fadzwin dan PDRM membalas dengan dua gol hasil jaringan Calaste Aping pada minit ke-24 dan Khairul Izuan Abdullah pada minit ke-32. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.