Header Ads

Liga Super: Kedah tambah derita Perlis

KANGAR: Kedah menumpaskan Perlis 1-0 pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Utama di sini malam ini.


PEMAIN Kedah (kiri) berebut bola dengan pemain Perlis pada pertemuan Liga Super di Stadium Utama, malam tadi. | foto BHarian
Kedah memperoleh gol kemenangan menerusi sepakan penalti pada minit ke-29 yang disempurnakan oleh Baddrol Bakhtiar.

Pengadil Shamsuddin Ibrahim memberi penalti selepas penjaga gol Perlis, Mohd Amirul Rosli menjatuhkan penyerang Kedah, Mohd Khywil Muhymeen dalam kotak penalti pada minit ke-28.

Perlawanan tersebut menyaksikan kedua-dua pasukan menunjukkan persembahan agresif sehingga pengadil terpaksa melayang tiga kad kuning kepada pemain Kedah dan dua kepada pemain Perlis.

Kejayaan itu membolehkan Kedah menduduki tangga kelima dalam carta liga dengan mengumpul 15 mata dalam 10 perlawanan manakala Perlis tercorot dalam kedudukan liga dengan tiga mata. -Bernama
Dikuasakan oleh Blogger.