Header Ads

Liga Super: Pendahulu liga kedua jadi mangsa T-Team

SHAH ALAM: Selangor hampa di tempat sendiri apabila tewas 2-0 kepada Terengganu T-Team di Stadium Shah Alam.


Selangor menjadi mangsa seterusnya T-Team apabila tewas 0-2 di laman sendiri awal malam tadi. | foto Arkib
Gol-gol jaringan Mohamad Norfarhan (min-59) dan Indra Putra Mahayuddin mana minit ke-83 sudah cukup itu memberi tiga mata penuh kepada pasukan pelawat.

Pasukan tuan rumah bermula garang seawal minit ke-11 menerusi hantaran Amri Yahyah yang disambut kemas oleh Amirul Hadi Zainal, sebelum melepaskan rembatanyang sedikit tersasar.

Pada minit ke-21 pula, Safiq Rahim dengan gerakan solonya menggelecek pemain-peman pertahanan T-Team sebelum rembatannya ditepis penjaga gol, Syamsuri Mustafa.

Enam minit selepas itu, Selangor dihadiahkan sepakan penalti oleh pengadil, Sani Tari selepas Amri Yahyah dikasari di dalam kotak penalti. Namun sepakan penalti dari Razman Roslan berjaya diselamatkan Syamsuri.

Rudie Ramli mendapat peluang untuk meletakkan Selangor dihadapan pada minit ke-38 tetapi percubaannya hanya singgah di palang gol.

Sebaik sahaja babak kedua dimulakan, pasukan pelawat seolah-olah mendapat semangat baru dengan aksi lebih menyerang.

Ianya berhasil apabila Mohamad Norfarhan menanduk masuk gol pembukaan menewaskan Mohd Iqbal untuk T-Team mendahului 1-0 pada minit ke-59.

Anak-anak buah K. Devan kelihatan sedikit gopoh melakukan hantaran dalam misi mencari gol penyamaan.

Ianya membawa padah apabila gerakan serangan balas yang dilakukan oleh Indra Putra Mahayuddin membuahkan hasil pada minit ke-83.

Indra dengan cemerlang memperdayakan pemain-pemain pertahanan Selangor sebelum melorong masuk bola menewaskan penjaga gol, Mohd Iqbal untuk gol kedua pasukan T-Team sekaligus melengkapkan kemenangan selesa mereka.

Kapten pasukan Selangor, Amri Yahyah dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit-minit akhir perlawanan kerana mengasari pemain pertahanan T-Team. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.