Header Ads

Mahathir sahkan media arus perdana 100% kaki ampu kerajaan BN

WarkahDaily – Bukan aku yang cakap, tapi mantan PM Tun Dr Mahathir Mohamed (Tun M) yang cakap.

Media arus perdana disahkan adalah 100% kaki ampu kerajaan yang diperintah Barisan Nasional (BN).

Ini dibuktikan sendiri oleh Tun Mahathir di Persidangan Penulis-penulis Blog Rantau Malaysia-Asean yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Najib di ibu negara kelmarin.

Menurut laporan Bernama, Tun M berkata media arus perdana tidak bersedia mengkritik kerajaan kerana merasakan mereka ini perlu memberi sokongan dan dokongan 100% terhadap kerajaan tanpa berbelah bahagi.

Dengan kata lain, semua yang baik-baik aje untuk kerajaan yang tak baik harus digelapkan dari pengetahuan umum.

Tun M berkata media arus perdana telah mengamalkan tapisan berita sendiri dan ini memberi persepsi salah, seolah-olah berita mereka ditapis oleh kerajaan.

Aduhai, macamana tak nak tapis, nanti tak pasal-pasal kena gam atau ada yang kena pecat.

Yang boleh memberi kerugian kepada kerajaan Umno-BN, ianya ditapis dan diedit kembali, tapi yang menguntungkan dan boleh merugikan musuh Umno-BN, sudah tentu dipaparkan di muka depan, bahkan diputarnya hingga berminggu-minggu. Memang itu kerja media arus perdana di negara ini.

Dalam masa yang sama, Tun M meminta media arus perdana sesekali mengkritik kerajaan Umno-BN.

Tapi yang realitinya, media arus perdana akan menapis berita yang berkaitan keburukan dan kejengkelan kerajaan Umno-BN.

Macamana nak minta media arus perdana kena kritik kerajaan Umno-BN, padahal media-media berkenaan memang bekerja untuk Umno-BN. Siang-malam, terus dicanang berita yang tidak tepat dan hanya memuji tuannya (Umno-BN).

Sekarang jelas sekali, media arus perdana memang barua kaki ampu kerajaan Umno-BN seperti apa yang diiktiraf Tun M sendiri.
Dikuasakan oleh Blogger.