Header Ads

Man Utd kukuh di persada liga, Chelsea mandi peluh

ENGLAND: Manchester United mengukuhkan lagi kedudukannya dipersada liga selepas membenam Fulham 2-0 dalam pertemuan di Old Trafford lewat malam tadi.


Penyerang Dimitar Berbatov menjaringkan gol pembukaan Manchester United, ketika menentang Fulham dalam saingan Liga Perdana Inggeris di Old Trafford, 9 April 2011. | foto AFP
Kemenangan United hasil jaringan penyerang berbisa Dimitar Berbatov dan Antonio Valencia itu sekaligus menjarakkan diri mereka daripada Arsenal dengan perbezaan 10 mata.

United kini memiliki 69 mata manakala Arsenal yang bakal berkunjung ke Blackpool berada ditangga kedua dengan mengumpul 59 mata.

Dalam perlawanan lain yang berlangsung serentak di Stamford Bridge, Chelsea terpaksa bekerja keras untuk menewaskan kelab tercorot Wigan dengan 1-0 di Stamford Bridge.

Pun begitu, gol tunggal yang dijaringkan Florent Malouda pada minit ke-67 itu sudah cukup untuk membawa Chelsea ketangga ke tiga liga dengan mengumpul 56 mata.

Sementara itu pertemuan di White Hart Lane, menyaksikan Tottenham menundukkan Stoke 3-2.

Peter Crouch yang masih kecewa setelah dibuang padang ketika menentang Real Madrid pada perlawanan Liga Juara-Juara Rabu lalu, seolah-olah melepaskan geram dengan meledakkan dua gol, masing-masing pada minit ke-11 dan 34. Satu gol lagi dijaringkan menerusi Modric pada minit ke-18.

Gol Stoke pula dijaringkan oleh Etherington (M27) dan Jones (M41).

Dalam pertemuan lain, turut menyaksikan Blackburn terpaksa terikat 1-1 dengan Birmingham.

Selain itu Bolton juga berjaya menewaskan West Ham 3-0, West Brom menang keatas Sunderland 3-2 dan Everton menumpaskan Wolves 3-0. -D5 Sports
Dikuasakan oleh Blogger.