Header Ads

Menteri arah siasat skandal seks pelatih kadet tentera

SYDNEY: Seorang pegawai pemerintah sebuah akademi tentera elit di Australia diarah bercuti semalam, manakala cara layanan terhadap kakitangan wanita di akademi berkenaan akan disemak semula selepas skandal seks melibatkan seorang kadet wanita terbongkar.


Kadet wanita yang dikenali sebagai ‘Kate’ berumur 18 tahun, tidak menyangka aksi hubungan seksnya dirakam dan disebar oleh temannya. Kini beliau mengalami tekanan akibat skandal klip seks itu. | foto Channel Ten
Menteri Pertahanan Australia, Stephen Smith mengumumkan beberapa inkuiri akan dilakukan berhubung kes seorang pelatih lelaki merakam dirinya berasmara dengan pelatih perempuan Akademi Pasukan Tentera Pertahanan Australia dan menyiarkan klip video seks itu kepada rakan-rakannya.

Menurut Smith, pegawai pemerintah tersebut, Bruce Kafer diminta bercuti untuk satu tempoh yang belum ditetapkan sehingga siasatan kes selesai. Smith sebelum ini mengkritik cara Kafer melayani aduan pelatih perempuan terbabit.

Menteri berkenaan turut mengarahkan pesuruhjaya diskriminasi seks agensi hak asasi manusia Australia, Elizabeth Broderick menyemak semula layanan terhadap wanita di akademi yang terletak di Canberra itu.


Menteri Pertahanan Stephen Smith mengarahkan skandal seks Akademi Pasukan Tentera Pertahanan Australia disiasat.
"Ini adalah langkah penting ke arah penilaian semula terhadap budaya dan perubahan berterusan bagi program Pertahanan," katanya.

Siasatan dibuat berikutan pendedahan klip video di akademi itu disiarkan menerusi panggilan video kepada enam rakan pelatih lelaki terbabit tanpa pengetahuan mangsa.

Menceritakan kejadian itu kepada media, mangsa menyatakan dia berasa terseksa selepas mengetahui aksi seksnya ditonton oleh orang lain.

Pendedahan itu membawa kepada banyak aduan baru berhubung salah laku seks dalam komuniti tentera tersebut yang berlaku sejak beberapa dekad lalu. -AFP
Dikuasakan oleh Blogger.