Header Ads

Naib Canselor UUM hina institusi pondok

WarkahDaily – Hebat sangatkah seorang Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak sehingga sanggup merendah-rendahkan institusi pondok iaitu tempat pembelajaran agama diadakan.

Naib Canselor itu dikatakan telah menghina Datuk Seri Ustaz Azizan Abdul Razak konon MB Kedah itu hanya layak mengurus sekolah pondok sahaja.

Penghinaan itu dibuat selepas Ustaz Azizan mencabar Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) menyerahkan UUM untuk diambil alih Kerajaan Negeri apabila universiti itu mempertikai pembayaran cukai tanah bernilai RM1.7 juta setahun.

Semalam mahasiswa UUM mendesak Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak (Gambar) memohon maaf kepada Menteri Besar Kedah berikutan penghinaan yang dilakukannya.

Lapor Harakahdaily semalam, mahasiswa UUM memandang serius perkara ini kerana selaku pegawai kerajaan, Dr Mohamed Mustafa tidak sepatutnya bertindak seperti itu yang jelas menghina Menteri Besar selaku tuan rumah.

Bagi mereka, kerajaan negeri berhak menerima atau menolak permohonan rebat cukai tanah. Ia tidak terkecuali pada mana-mana tuan tanah, sama ada golongan berada atau petani sekalipun. Tiada yang merungut pun kecuali UUM, mungkin kerana mereka faham tanggung jawab sebagai pemilik tanah.

“Seharusnya kita sebagai seorang Islam harus memandang tinggi institusi agama seperti ini kerana ia telah banyak menyumbang dalam melahirkan para alim ulamak di Malaysia sehingga kini,” kata wakil mahasiswa UUM.

Mahasiswa UUM juga berharap agar pihak atasan universiti bersikap lebih profesional dalam menyelesaikan isu-isu yang berlaku tanpa melibatkan kepentingan politik pihak tertentu.

Mahasiswa juga berpandangan UUM tidak perlu memandang rendah terhadap pengurusan sekolah pondok, kerana pentadbiran pondok sekarang jauh lebih baik dan ia merupakan institusi terpenting dalam peneyebaran ilmu Islam di Malaysia sejak daru dahulu lagi.

Bagi Naib Canselor itu, hebat sangatkah beliau dengan title ‘prof’ yang dimilikinya apabila dengan mudah menghina Ustaz Azizan dengan institusi pondok. Seolah-olah institusi pondok begitu rendah dan hina pada pandangan Naib Canselor berkenaan.

Padahal penghinaan Datuk Dr Mohamed Mustafa itu jelas menggambarkan kejengkelan pengetahuan yang dimilikinya.

Kalau Dr Mohamed Mustafa itu cerdik dan terpelajar, kenapa beliau jahil pasal pemilikan tanah?

Dalam isu rebat yang diinginkan UUM, Mohamed Mustafa perlu tahu, kerajaan negeri berhak menerima atau menolak permohonan rebat cukai tanah kerana tanah itu kepunyaan negeri.

Itulah, dulu asyik duk bergayut kat Umno aje, bila Umno dah jadi pembangkang, mulalah gelabah dan tak tentu arah takdak duit nak bayar cukai tanah kepada kerajaan.

Tersangatlah malu bila seorang prof yang konon pandai mentadbir universiti, tiba-tiba orang mintak bayar cukai tanah, tak boleh nak bayar pulak dah. Pandai pulak nak mintak rebat tapi bila orang tak bagi nak marah-marah pulak. Memang sebijik perangai Umno.

Nak marah-marah pulak, tak pasal hina institusi pondok. Hang ingat hang hebat sangat ke? Jangan ingat bila nama pondok, maka kualitinya lebih rendah daripada universiti yang hang tadbir tu.

Pasal konon MB Kedah tak layak mengambil alih universiti berkenaan, ini membukti pengamatan dan dakwaan yang dibuat Dr Mohamed Mustafa jelas memberi gambaran tahap pemiikirannya.

Apalah sangat sebuah universiti jika nak dibandingkan negeri Kedah. Setakat 15,000 orang pelajar pun dah kecoh. Padahal MB Kedah telah berjaya mengurus 2 juta penduduk di negeri Kedah.

Kalau di UUM, Dr Mohamed Mustafa selaku Naib Canselornya tidak dapat mengurus 15,000 orang pelajar dengan baik padahal diperuntukkan RM300 juta setahun. Cukai tanah cuma 0.6 peratus pun tak boleh dibayarnya. Mana perginya duit-duit tu.

MB Kedah yang Dr Mohamed Mustafa rendah-rendahkan itu pun lagi menyerlah pentadbirannya apabila berjaya menguruskan 2 juta rakyat Kedah dengan hanya dengan pendapatan RM500 juta.

Alangkah jengkelnya seorang yang merasakan dirinya hebat kerana mempunyai title prof yang dirangkulnya...ntah kerana kerja mengampu atau kerana mempunyai sijil keahlian dalam parti kerajaan pusat.
Dikuasakan oleh Blogger.