Header Ads

Najib, Gaddafi tak seiras tapi serupa?


Tak seiras tapi serupa.
WarkahDaily – Laporan luar negara menyebut, sebelum berlakunya pemberontakan rakyat Libya, pemimpinnya, Muammar Gaddafi dikatakan telah menghabiskan berjuta-juta dolar setahun demi imejnya.

Gaddafi dilaporkan mengupah sebuah syarikat perundingan yang berpusat di Boston, Amerika Syarikat, The Monitor Group sekurang-kurangnya AS$3 juta (RM9 juta) setahun untuk melancarkan kempen perhubungan awam rahsia untuk membersihkan imejnya sebagai seorang pemimpin pada 2006.

Syarikat perundingan itu diupah untuk melaksanakan satu strategi perhubungan awam termasuk membayar penganalisis dan bekas pegawai kerajaan ke Libya secara percuma untuk mengajar, mengadakan perbincangan dan mengadakan pertemuan peribadi bersama Gaddafi.

Menurut sumber, kempen itu adalah untuk meningkatkan pemahaman antarabangsa dan penghormatan kepada Libya untuk menekankan kemunculan Libya baru serta memperkenalkan Gaddafi sebagai seorang ahli falsafah dan intelektual.

Perkembangan lain, sebelum ini, di negara kita riuh pasal gagasan 1Malaysia ciptaan Najib kononnya, didakwa diambil daripada idea One Israel atas nasihat APCO.

APCO Worldwide (APCO), sebuah firma perunding antarabangsa berpangkalan di Amerika Syarikat yang dikatakan mempunyai kaitan dengan yahudi kerana dipimpin sebahagian Yahudi berfahaman Zionis.

Najib dikatakan telah pun mengupah APCO bagi memberi nasihat politik (ala-ala perunding imej la kot) bagi mencapai matlamat politik Umno dan gagasan 1Malaysia selepas tragedi Barisan Nasional dimalukan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihanraya umum (PRU) ke-12, BN hilang majoriti dua pertiga, jatuh di lima buah negeri.

Apa yang menjadi pointnya sekarang, Najib sanggup berbelanja jutaan ringgit wang rakyat untuk mengupah barua yahudi semata-mata tujuan politik Umno.

Kontrak APCO dikatakan bernilai RM77 juta setahun.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz pada tahun lepas, telah mendedahkan sendiri di Dewan Rakyat bahawa kontrak yang dimeterai antara kerajaan dengan firma perunding perhubungan APCO Worldwide bernilai hampir RM77 juta.

Pendedahan itu dibuat dalam jawapan bertulisnya kepada Tian Chua (PKR-Batu).

Nazri berkata jumlah yang dibayar kepada APCO bernilai US$24 juta. Dalam nilai ringgit, ianya hampir RM77 juta.

Rakyat sepatutnya membuka mata di sebalik pembaziran yang dilakukan kerajaan Najib demi tujuan politik mereka dengan menggunakan duit dakyat secara sesuka hati dalam keadaan rakyat terpaksa mengikat perut kerana harga barangan naik, harga petrol terus melonjak, cukai yang bermacam-macam dikenakan.

Di Libya, rakyatnya sudah mula muak dan mula tidak tahan dengan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah mereka yang dipimpin Muammar Gaddafi sehingga sekarang, rakyat terus berjuang untuk menjatuhkan kerajaan yang cekik darah dan menindas rakyat (diktator).
Dikuasakan oleh Blogger.