Header Ads

Najib mengaku BN berdepan laluan sukar, paling sengit dalam sejarah politik Sarawak

WarkahDaily – Perdana Menteri yang juga pengerusi Barisan Nasional (BN) pusat, Datuk Seri Najib Razak kelihatan mula resah dan bimbang dengan tentangan sengit yang diberikan oleh Pakatan Rakyat dalam pilihanraya negeri Sarawak kali ini.


Najib merayu petugas BN bekerja kuat kerana parti itu berhadapan tugas berat untuk majoriti dua pertiga. | foto The Malaysian Insider
Menurutnya, BN menyedari pilihan raya Sarawak kali ini adalah paling sengit dalam sejarah politik negeri ini, terutama di kawasan bandar.

Berdasarkan kepada perkembangan semasa, para pengundi dari kawasan bandar kelihatan memberi perhatian terhadap Pakatan Rakyat (PR) dan mula memberi sambutan menggalakkan terhadap program yang dianjurkan PR.

Sambil menyedapkan hati, Najib berkata, meskipun BN bakal menerima tentangan sengit terutama di kerusi kawasan bandar, BN mampu kekal menerajui bagi mewujudkan kerajaan negeri yang kuat dan stabil.

Padahal, kata-kata itu dilihat seolah-olah membuat rayuan kepada pengundi agar memberi undi kepada BN konon untuk mewujudkan kerajaan yang stabil.

"Kemenangan dua pertiga adalah satu sasaran yang mampu dicapai. Jika kita capainya dua pertiga itu satu markah bonus untuk wujud kerajaan yang kuat dan stabil," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Mesra Rakyat di Pejabat Daerah Kecil Sadong Jaya, dekat Samarahan hari ini.

Jelas Najib seolah-olah tidak yakin kemampuan BN untuk kemenangan dua pertiga di Dun Sarawak.

Najib turut meminta petugas BN agar bekerja kuat lebih daripada biasa kerana BN berhadapan tentangan sengit dan merasakan parti itu mendapat laluan sukar di kawasan bandar.

“(BN) kena kerja lebih daripada biasa, ” rayu Najib sambil menyifatkan kemampuan BN untuk memenangi kerusi di kawasan bandar merupakan ujian yang berat.

Dalam pada itu, Najib kelihatan turut merayu para pengundi agar memberi sokongan kepada BN selepas melihat calon-calon BN medapat sambutan yang hambar di kalangan pengundi kawasan bandar.

Dalam sidang media di Sadong Jaya hari ini, Najib sempat merayu pengundi di bandar agar memberi kepercayaan kepada BN, konon untuk masa depan mereka sambil mengumpan retorik gagasan 1Malaysia untuk semua kaum walaupun pada hakikatnya ia adalah umpan politik semata-mata.

Najib juga kelihatan tidak yakin dan percaya dengan prestasi pengerusi BN negeri, Tan Sri Taib Mahmud, sehingga dikhabarkan beliau akan berada di Sarawak selama empat hari sehingga Jumaat ini menjelang hari pembuangan undi hari Sabtu berikutnya pada 16 April.
Dikuasakan oleh Blogger.