Header Ads

Nazir buat 'amal jariah' email 1Malaysia Najib?

[Harakahdaily] Pendedahan demi pendedahan terhadap email 1Malaysia mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berbohong kepada rakyatnya sendiri dan dilihat cuba untuk membantu syarikat yang ada kaitan dengan adiknya.


Nazir disebalik Tricubis Berhad yang mendapat projek RM50 juta untuk email 1Malaysia.
Pelbagai laman web dan blog mula mendedahkan perkara ini termasuk siapa sebenarnya yang berada di belakang syarikat yang hampir bankrap, Tricubis Berhad, yang mendapat projek bernilai RM50 juta ini.

Kemuncak dari dakwaan pembohongan ini adalah apabila Najib melalui Twiiternya membuat kenyataan bahawa, "E Mail 1Malaysia adalah projek swasta. Tidak ada wang awam yang terlibat dan semuanya secara sukarela."

Pelbagai pihak mempertikaikan projek Email 1 Malaysia ini. Dari segi keutamaannya, Exco kerajaan negeri Selangor, Rodziah Ismail mempertikaikan kenapa habiskan wang untuk email sedangkan yang diperlukan rakyat adalah ekses kepada internet.

Baru-baru ini, kerajaan melalui Pemandu, memberitahu, email yang kononnya percuma ini akan dikenakan pula bayaran kepada agensi-agensi kerajaan. Menurut satu sumber lain, kadar yang dijangka adalah 50 sen setiap satu email.

Melalui berita itu, Pengarah perhubungan dan infrastruktur NKEA Dr Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek memberitahu stesen radio BFM, agensi kerajaan akan membayar yuran tertentu untuk menggunakan email ini kerana ia berkaitan dengan database.

Laman web Merdeka Review pula melaporkan, Tricubes Berhad, syarikat yang mendapat projek Email 1 Malaysia adalah syarikat yang berdepan dengan masalah kewangan dan disenaraikan Bursa Malaysia dengan status GN3.

Jika ia gagal mengemukakan program penstrukturan semula kewangannya hujung Oktober 2011 ini, syarikat ini akan berdepan dengan risiko dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia.


Tricubes berdepan dengan risiko dikeluarkan dari senarai Bursa Malaysia. | foto milosuam
Pemegang saham kedua terbesar Ticubes Berhad adalah Commerrce Technology Ventures Sdn Bhd, iaitu Private Equity Fund yang ditubuhkan oleh Bank Negara bersama Commerce Group ( atau Bumiputra-Commerce Holding Berhad Group).

Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holding Berhad Group kini dinamakan CIMB Group yang diterajui oleh adik Perdana Menteri, Datuk Seri Nazir Razak iaitu sebagai Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group, lapor Merdeka Review.

"Najib mahu rakyat percaya bahawa syarikat yang hampir bangkrap iaitu Tricubis Berhad yang diberikan kepercayaan untuk membangunkan projek email satu Malaysia akan mengeluarkan dananya sendiri.

"Najib mahu rakyat percaya syarikat yang mengalami masaalah kewangan ini akan mengeluarkan belanja RM50 Juta sebagai projek amal untuk kerajaan Satu Malaysia.

"Apa yang jelas, terbukti najib menipu rakyat secara terang-terangan. Email yang kononnya percuma rupanya akan dikenakan bayaran kepada agensi-agensi kerajaan," tulis blogger Milosuam dalam blognya.

[Pahangdaily] Di saat rakyat amat memerlukan pembelaan daripada kerajaan, tiba-tiba Perdana Menteri Najib Razak melancarkan pula projek e-mel 1Malaysia yang dikatakan menelan kos RM50 juta. Najib dalam satu kenyataan mengatakan projek itu merupakan inisiatif sukarela sektor swasta dan tidak membabitkan wang awam.

Beliau menegaskan, penyertaan di dalam projek tersebut juga adalah sukarela. Projek itu juga merupakan satu daripada tujuh projek baru dalam ETP Di bawah inisiatif itu, rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan diberikan satu akaun e-mel rasmi yang unik.

Najib menjelaskan, beliau mengumumkan projek tersebut kerana ia telah dinilai oleh Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) sebagai sebahagian daripada ETP. Soalnya sekarang, benarkah projek itu tidak menggunakan dana awam.

Syarikat swasta mana yang sanggup melabur sebanyak itu tanpa mendapat keuntungan jangka panjang?. Maka, setelah disiasat ternyata Nazir Razak (foto), iaitu adik kepada PM sendiri mempunyai kepentingan dalam projek emel 1Malaysia itu difahamkan telah diberikan kepada syarikat Tricubes Berhad.

Syarikat itu adalah Commerce Technology Ventures Sdn Bhd yang merupakan usaha sama Bank Negara Malaysia (BNM) dan Commerce Group. Commerce Group atau Bumiputra-Commerce Holdings Berhad Group kini dinamakan sebagai CIMB Group, diterajui oleh adik PM itu dan beliau juga adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Group.
Dikuasakan oleh Blogger.