Header Ads

Oh Melaka! Dulu pesta free arak, sekarang pesta gadis kolej berahi pulak dah

WarkahDaily – Segala-galanya mahu bebas. Tak kira halal haram semuanya diredahnya. Apa mahu buat, dah nasib rakyat Melaka bila diperintah pemimpin yang rendah moral.

Tak serik benar depa ni. Kalau dulu, depa buat pesta ’free beer’, hari ini pulak, depa mahu pesta ’seks’ pulak dah.

Negeri sekangkang kera, tapi perangai masya Allah...


Kerana banner ini, didapati puluhan muda-mudi Melayu memasuki pelbagai Kelab Malam di kawasan itu tanpa segan silu.
Rakyat Malaysia belum lagi lupa, bagaimana sebelum ini negeri di bawah pemerintahan Barisan Nasional (BN) telah didapati menampal banner tertera perkataan ‘Free Beers Tomorrow, Shirts and Shoes Required, Bra and Panties Optional, yang dipasang di Taman Melaka Raya’. Selanjutnya di sini.

Tapi kini, mereka yang tidak bertanggungjawab ini telah cuba menarik pengunjung di kalangan penuntut institut pengajian tinggi (IPT) apabila menyediakan program khusus untuk golongan itu dinamakan ‘parti pakaian seragam kolej.’

Harian Metro hari ini melaporkan, Ketua Ahli Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB), Mohd Yusof Hassan, yang mendedahkan perkara itu berkata tindakan itu terbukti selepas pihaknya menerima aduan berdasarkan kain rentang yang mempromosi aktiviti berkenaan.

Mohd Yusof berkata, berdasarkan maklumat pada kain rentang berkenaan, penganjur menyediakan lebih 50 gadis seksi kepada pengunjung lelaki sebagai daya tarikan.

“Malah, mereka juga turut menyediakan persembahan tarian seksi dan pertunjukan pentas oleh kumpulan muzik.

“Memang jelas parti dianjurkan itu sengaja mahu menarik pengunjung terutama membabitkan golongan pelajar untuk mereka berhibur.


Sekarang, banner ini pulak ditampalnya…apa nak jadi dengan Melaka ni wahai Pak Rustam!
“Apa yang saya tak puas hati mengapa mereka menggunakan perkataan kolej, seolah-olah sengaja mahu menarik golongan muda berkenaan untuk menyertai parti berkenaan,” katanya.

Bagaimana nasib generasi pelapis di masa depan jika aktiviti sebegini terus menerus diadakan tanpa ada pengawasan daripada pihak berwajib termasuk kerajaan yang sebelum ini mewar-warkan merekalah pejuang bangsa, agama dan negara.

Tapi dalam waktu yang sama, membiarkan masalah sosial dan keruntuhan moral yang berlaku di depan mata berleluasa.

Inilah nasib rakyat bila dipimpin Umno-BN yang hanya suka beretorik semata-mata. Pembangunan material dilaung-laungkan sehingga lupa pembangunan insan.

Sedarlah wahai rakyat Malaysia sebelum terlambat, ubah sekarang sebelum parah!
Dikuasakan oleh Blogger.