Header Ads

Patutlah Umno takut jadi pembangkang

WarkahDaily – Orang kaya dah biasa hidup senang…bila duit dah takdak..hidup kembali susah..maka mulalah sasau tak tentu pasal.

Di Kedah, ketika Umno jadi kerajaan, Umno rasa selesa sebab dapat pergunakan kuasa kerajaan dengan mengharapkan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) biayai kempen dan program parti depa.

Patutlah depa ni takut sangat jadi pembangkang (kalah pilihanraya) sebab duit nak buat kempen dan program parti berkurangan. Nak harapkan duit poket sendiri, tunggu kiamat ler. Usah harap depa nak keluarkan duit poket sendiri, songlap duit ada lah.

Dewan Undangan Kedah telah didedahkan, RM8 juta duit GLC telah digunakan untuk biayai program Umno sepanjang pilihanraya lepas (2008).

Memang tersangat lemah Umno kerana mengharapkan simpati orang lain untuk jalankan program parti sendiri. Tu tak masuk duit dari tokey-tokey balak, judi dan sebagainya.

Exco Kerajaan Negeri, Datuk Ir Amiruddin Hamzah (Gambar) mendedahkan di sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Kedah yang berlangsung semalam ketika menjawab soalan tambahan Md Zuki Yusof (PAS-Kuala Ketil) berkaitan sumbangan Seri Temin Development Corporation (M) Sdn Bhd (STDC) berjumlah RM1.2 juta, lapor Harakahdaily.

Antara perbelanjaan yang didedahkan ialah perbelanjaan persiapan mesyuarat perwakilan Umno, membiayai program Perdana Menteri di Padang Terap, sumbangan wang tunai kepada Umno Kedah dan bahagian-bahagian Umno untuk menghadapi PRU 12 lalu.

Amiruddin berkata, perbelanjaan yang tidak menepati objektif penubuhan syarikat itu telah mengundang 'teguran keras' Jabatan Audit Negara dalam laporan tahunannya.

Susulan dari itu, syarikat terbabit terpaksa menanggung cukai korporat ekoran permohonan kemudahan pengecualian cukai telah ditolak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akibat perbelanjaan yang bermotifkan politik Umno itu.

Amiruddin turut memaklumkan prestasi kewangan STDC yang berjaya dipulihkan sejak Pakatan Rakyat mengambil-alih pentadbiran kerajaan negeri dan pengurusan GLC Kedah.

STDC masih mencatatkan kerugian berjumlah RM144,000 pada 2008 tapi prestasi syarikat telah berjaya dipulihkan sehingga mencatatkan keuntungan RM334,000 (2009) dan RM826,000 (2010).

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif STDC, Dato' Syed Sobri Syed Hashim (BN-Kuala Nerang) yang tidak berpuas hati dengan pendedahan tersebut bangun untuk mendapatkan penjelasan lanjut tetapi tidak dibenarkan Speaker DUN Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail.
Dikuasakan oleh Blogger.