Header Ads

Pengunduran Taib Mahmud: Najib dan Taib sama-sama berbohong!

WarkahDaily – Siapa yang mahu bermain sandiwara dan cuba berbohong dengan rakyat Sarawak dalam hal ini. Najib cakap, Taib Mahmud akan berundur dengan segera, tapi Taib Mahmud pulak, rasa sayang lagi dengan jawatan Ketua Menteri yang boleh mengaut lebih banyak lagi hasil mahsyul negeri ke dalam poket sendiri dan kroni.

Najib bersandiwara

Kelmarin, Najib cuba merayu dengan pengundi Sarawak dalam majlis perhimpunan 1 Malaysia di stadium tertutup Majlis Bandaraya Kuching Selatan agar mempercayainya, konon Ketua Menteri Tan Sri Taib Mahmud akan berundur dengan segera.

Najib yang juga Pengerusi BN dilihat cuba merayu pengundi Sarawak tidak risau mengenai kedudukan Taib yang telah pun bersetuju untuk meletakkan jawatannya.

“Percayalah saya, percayalah saya, apabila tiba masa yang sesuai, kami akan laksanakan yang ini (peralihan kepimpinan). Jangan cepat dan percaya dengan pembohongan pembangkang,” rayu Najib.

Taib Mahmud masih sayangkan jawatan Ketua Menteri

Tetapi apa yang menjadi persoalannya, menurut apa yang dilaporkan The Malaysian Insider semalam, Taib Mahmud membayangkan beliau hanya akan bersara dalam ’beberapa tahun lagi’.

Pendirian itu ditegaskan selepas 24 jam Najib mengumumkan peralihan kepimpinan di Sarawak boleh disaksikan dalam waktu terdekat selepas pilihan raya negeri.

Apabila masa itu tiba nanti, kata Taib Mahmud, beliau mahu generasi muda Sarawak meneruskan sokongan kepada pemimpin yang akan mengambil alih kepimpinan negeri daripadanya.

Taib yang menerajui kerajaan negeri sejak 30 tahun lalu merupakan Ketua Menteri paling lama memegang tampuk kepimpinan Sarawak.

“Apabila saya berhenti nanti dalam beberapa tahun (lagi), saya ingin hendak melihat generasi awaklah yang akan menyokong orang yang akan menyambut kuasa daripada saya memelihara Sarawak terus benar-benar maju dan benar-benar mewah sekali,” kata beliau ketika berucap pada konsert 1 Malaysia yang diadakan di Padang Merdeka, di Kuching semalam.

Jelas, ucapan Najib sebelum itu adalah suatu pembohongan nyata.

Jadi, amat jelas sekali, kedua-dua pemimpin Barisan Nasional (BN) itu sedang bermain sandiwara untuk mengelabui mata rakyat dan cuba membohongi rakyat tentang pengunduran Taib Mahmud yang semakin dibenci dan dicemuh oleh penduduk Sarawak.

Kenapa tidak disebut nama pengganti

Jika mereka berdua-dua betul mahu merubah dan mendengar isi hati rakyat yang mahu pengunduran Taib Mahmud, sepatutnya mereka menyebut nama pengganti selepas pengunduran Taib Mahmud. Sekarang seolah-olah isu pengunduran Taib Mahmud adalah sekadar ’gula-gula’ pilihanraya yang mahu mengambil hati rakyat Sarawak yang dah lama menyampah dengan Taib.

Jika mereka serius, sudah tentu mereka senaraikan nama-nama yang bakal akan menggantikan Taib, tetapi sekarang seolah-olah tiada persediaan ke arah itu.

Pakatan Rakyat menggesa Datuk Seri Najib Razak agar mengumumkan tarikh Tan Sri Abdul Taib Mahmud akan melepaskan jawatan ketua menteri dan bakal penggantinya.

Pagi semalam, DAP meminta ketua menteri paling lama itu melepaskan jawatannya sekarang.

Petang semalam, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menolak keikhlasan Najib dengan menyifatkan janji Pengerusi BN itu sebagai “satu lagi gimik politik untuk mengkaburi penilaian rakyat.”

Anwar meramalkan Najib akan gagal menunaikan janjinya meskipun beliau merupakan perdana menteri dan pengerusi BN.

Katanya, Najib tiada pengaruh ke atas Taib yang tidak pernah tunduk kepada pemimpin berpengaruh seperti Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini.

Dalam pada itu, ahli jawatankausa kerja PAS pusat Datuk Husam Musa pula menyifatkan kenyataan Najib semalam mencerminkan satu sandiwara Perdana Menteri untuk mengaburi mata rakyat.

“Jika beliau benar-benar serius dalam perkara ini, Perdana Menteri harus terus menamakan pengganti yang telah dipersetujui oleh Tan Sri Taib untuk mengambil alih tampuk pentadbiran negeri.

“Tan Sri Taib Mahmud telah pun mengeluarkan kenyataan untuk berundur daripada jawatan Ketua Menteri sewaktu pilihanraya 2006 tetapi sehingga sekarang masih belum melakukannya,” kata beliau yang juga Exco Kerajaan Negeri Kelantan.

Kini, kata Husam, janji tersebut diulang tayang semula kepada rakyat Sarawak sebagai harapan palsu bahawa perubahan akan berlaku.

“Ketua Menteri yang ada kini sudah terlalu lama memerintah.

“Beliau gagal membersihkan diri dari isu-isu mengaut kekayaan melalui jawatannya, anak-anaknya, kronisme dan penggondolan hutan semula jadi Sarawak dan membiarkan sebahagian besar rakyat Sarawak tertinggal dalam kemunduran, kemiskinan dan suasana terancam,” kata beliau.

Najib dan Taib berbohong

Ini jelas, isu pengunduran Taib Mahmud hanya sandiwara dan pembohongan nyata Najib dan Taib Mahmud sendiri yang masih sayangkan jawatan yang boleh melombong khazanah kekayaan negeri untuk kantong sendiri.

Rakyat Sarawak sepatutnya tidak terpedaya dengan permainan licik kedua-dua pemimpin BN berkenaan yang hanya pandai memperkotak-katik para pengundi Dun Sarawak.
Dikuasakan oleh Blogger.